mytasteindonesia.com

Friday, 1 November 2013

NASI KERABU








Assalamualaikum..salam buat semua rakan-rakan...
Apa kata arini kita banyakkan makan ulam-ulaman dan  menu yang menyihatkan.Cewahh....
mentang-mentanglah arini Uj wat nasi kerabu..eksen pulak ek...Hari-hari cuti ginikan,seronok kalau dpt berkumpul bersama keluarga. Makan-makan sambil tu berborak kosong, sambil itu meratah sayur-sayuran.Nasi kerabu ni merupakan salah satu menu peberet Encik somi Uj...Apa kata sesekali kita hidangkan menu ini untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah.Yelah ari-ari cuti gini selalu ader jer tetamu yang datang bertandang...betul tak.. Resepi nasi kerabu ni dari Puan Rohana Jaffar yang merupakan kawan rapat Uj.Dah bertahun-tahun gak Uj berkawan dengannya.Susah senang kami sentiasa bersama.Beliau ni  berasal dari Kelantan.Tiap kali  buat rumah terbuka inilah hidangan yang terlaris beliau.Memang sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga.Uj  meminta keizinan beliau untuk Uj kongsikan resepi nasi kerabu beliau ini diblog UJ .Terima kasih yang tak terhingga Uj ucapkan kepada nya yang tidak lokek berkongsi ilmu..Terima kasih daun keladi....Ok bagi mereka yang berminat bolelah mencubanya.....







Resepi: Nasi Kerabu 
Sumber : Puan Rohana Jaffar


BAHAN UNTUK NASI

3 tin beras
31/4 tin air
2 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut dibuang urat tengah dan diramas sedikit
beberapa titik pewarna biru ( resepi asal gunakan bunga telang)


Cara:

1.    Basuh bersih beras dan satukan semua bahan.
2.    Masak seperti biasa.


BAHAN SAMBAL

5 biji bwg beasar
senggam cili kering
2 btg serai diketuk
1 inci halia
3 cwn santan pekat
1 keping asam keping
sedikit gula melaka
sedikit garam
sedikit perasa( optional)
sedikit myk.


Cara:


1.     Kisar bwg besar,halia dan cili kering sehingga hancur dan lumat.
2.     Panaskan sedikit myk tumis bahan kisar sehingga masak.Addkan serai ketuk serta santan.
3.     Kacau santan selalu .Bila kuah dah memekat dan masak addkan sedikit gula melaka
        yang dihiris ,asam keping ,garam serta perasa.kacau rata dan angkat.


SAMBAL KELAPA:


5 ekor ikan sardin( bole juga guna ikan kembung)
1/2 biji kelapa parut
2 biji bawang besar.
2 btg serai ketuk dan diramas sedikit
sedikit gula kabung
sedikit garam
1 sdu teh lada hitam ditumbuk.



Cara:


1.    Rebus ikan.Setelah itu asingkan isinya
2.    Kisar kering @ tumbuk isi ikan bersama bwg besar ( Uj guna kan pengisar kering.)
3.    Goreng kelapa parut sehingga kekuningan.
4.    Addkan isi ikan yang telah ditumbuk tadi kedalam kelapa yang digoreng tadi.
5.   Goreng isi ikan dan kelapa yang sedikit kekuningan tadi menjadi seakan-akan kerisik
6.   Angkat dan ketepikan.







Bahan Ulaman yang lain yang dimakan bersama nasi kerabu:


 Bahan A:


Bunga kantan
daun selom
Daun kesom
Kacang panjang
Kacang Botol
Taugeh dibuang ekor
Kobis

Cara:

- Hiris semua bahan dan campurkan kesemuanya didalam satu bekas.


Bahan B:


Sedikit ayam @ ikan sardin

Sedikit tepung beras*
sedikit kapur sedikit kunyit serbuk*
sedikit garam*
sedikit air.*

Cara:

1.    Satukan bahan bertanda.
2.    Celupkan ikan @ ayam kedalam adunan tepung dan goreng seperti membuat goreng pisang.
3.    Tos dan angkat

# untuk ayam bole juga digoreng kosong jer.

Bahan C:

Keropok goreng.

Solok lada. ( untuk solok lada Uj skip sebab rakyat dalam rumah tak menyukainya).




 Untuk Solok Ladanya Uj tak buat.....















No comments:

Post a Comment