mytasteindonesia.com

Wednesday, 27 November 2013

SAMBAL PEDAS DAGING SECUITRASA







Assalamualaikum...
Dah lama dah Uj tak masak daging.Untuk menu yang ringkas tengaharini  tadi,Uj buat sambal daging jer.Biasalah ahli tetap rumah Uj ni ,kalau tak der ciliapi memang tak boleh hidup.Kami ni semua memang peminat tegar ciliapi.Pesan arwah nenek, petua untuk tidak sakit perut atau bisa perut  jika masak ciliapi yang banyak ialah jgn dibuangkan tangkainya.Kalau tumbuk  atau kisar cili tu addkan sekali tangkainya dalam 10 biji gitu.. Alhamdulillah..memang serasi kot.Itulah petua yang selalu Uj amalkan.Ok berbalik pada daging tadi.Untuk goreng dan dibuat sambal, Uj lebih suka pada daging yang ada lemak-lemak sikit.Bagi Uj sedap dan menepati citarasa kali sekeluarga..





Bahan:


1/2 kilo daging ada lemak sikit
Sedikit serbuk kunyit
Segenaggam cili api (ikut tahap kepedasan)
1 biji bwg besar dihiris kasar.
Garam dan perasa(optional)
sedikit air utk melembutkan daging
Minyak utk menggoreng


Caranya:


1.     Bersihkan daging hiris nipis dan gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
2.     Tumbuk ciliapi sehingga lumat .
3.      Panaskan minyak.Add daging.Addkan juga sedikit air.Biar daging empuk.
4.      Bila daging dah empuk.Angkat.
5.      Dengan minyak yang berbaki gorengkan cili tadi sehingga masak.
6.      Bila cili dah masak addkan sedikit garam dam perasa.Kacau rata.
7.      Addkan bwg besar hiris.Gaul rata dan angkat.








          Sambal daging ni sedap dimkn dgn nasi panas..sambalnya tu digaul dgn nasi...Siapkan air  yer...



No comments:

Post a Comment