mytasteindonesia.com

Saturday, 16 November 2013

SNOW CHEESECAKE








 Assalamualaikum..
Hari ni angin pus-pus rajin datang melanda.Semalam suruh encik Hubby beli krim cheese kerana mmg niat hati nak buat snow cheesecake.Hari-hari cuti sedap kalau dapat berkumpul sambil makan-makan .Kadang kala ader jer tetamu yang datang bertandang.Kalau datang secara mengejut tu dapat lah jugak Uj jamukan kek ni dahulu sambil menyediakan menu sampingan yang lain.Snow cheesecake ni jugak merupakan salah satu kek kesukaan Encik Hubby kita.Sebab rasanya yang lemak-lemak tulah kot yang suka sgt tu dgn kek ni....Oklah malas nak celoteh panjang-panjang.....Terima kasih kepada K nor secubit garam,K.zai dri Teratak impian dan Sherry dari MyResepi...sedap kek ni....




KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahannya:


UNTUK KEK:

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ UJ guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:

1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:




1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong










Ni kek sebelum dipotong.....









Rasanya yang lemak-lemak sedap membuatkan kek ni mndapt ranking yg teratas di rumah Uj ,selain dari red valvet..





Cepat-cepat sape cepat dia dapat....






No comments:

Post a Comment