mytasteindonesia.com

Saturday, 7 December 2013

ASAM PEDAS CENCARU BEREMPAH







Assalamualaikum...dan salam sejahtera serta salam ceria...
Hari ni kita layan asam pedas.Asam pedas pekat ala-ala claypot dengan aroma daun karinya.Kalau ada mangkuk claypot bole jugaklah di masukan asam pedas tu kedalam mangkuk claypot .Panaskan  sebentar diatas api dan bolehlah dihidang mendidih-didih gitew...





       Asam pedasnya pasti panas dan mendidih-didihkan.Pastu kita hirup kuah asam pedas perlahan-lahan.Hati-hati nanti lecur pulak muncung yang seksi tu .... sambil hirup tu jangan ada pulak yang cuba duk baling bola dari belakang hinggap kat tekuk kita ataupun orang duk test power nak sergah kita.Maunya dengan mangkuk-mangkuk claypot tu melayang...ngeh..ngeh...ngeh...dan terus hirup.. "slrup..slurp.."Ahhhh..... amik nafas sekejap hehe...Jom kita layan asam pedas berempah ni....





BAHANNYA:

2 ekor ikan cencaru dibersihkan dan dipotong kpd 3 bahagian.( apa jenis pun bole..)
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 tangkai daun kari.
Segenggam cili kering*
1 biji bwg bsr*
3 ulas bwg putih*
sedikit belacan*
1/2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 sdu teh ketumbar*
1 sdu teh jintan manis*
1 sdu teh jintan putih *
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit air ( terpulang nak byk ker sikit)
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan perasa( optional)
sedikit myk untuk menumis


Bahan sampingan:

2 biji tomato dibelah 4
7 tangkai bendi



CARA:


1.     Bersihkan ikan perap dgn sedikit asam limau.basuh bersih dan toskan.
2.     Kisar lumat bahan bertanda*
3.     Panaskan myk.Add kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.
4.     Kemudian addkan bahan kisar masak sehingga naik bau.Addkan pula daun kari.kacau rata.
5.     Masak sehingga terbit myk.Bila dah terbit myk, addkan air asam jawa.Kacau rata.
6.     Addkan ikan.Kacau perlahan-lahan.Biarkan ikan sebati dgn bahan tumisan.Biar seketika.
7.     Bila ikan dah sebati dgn bahan tumisan, addkan air.Airnya ikut kesesuaian.Jika mahu kuah yang
        pekat addkan sedikit sahaja air.Jika mahu kuah yang cair addkan lebih air.Kacau rata.
8.     Biarkan kuah mereneh dan memekat seketika.Bila kuah dah agak memekat, addkan garam serta
        perasa.Kacau rata.Addkan bendi dan tomato serta serbuk lada hitam.
9.     Kacau rata kemudian padam api. Siap untuk dihidangkan...panas-panas....




  Ok ..cer close-up sikit.....abaikan minyak yang berlinang-linang tu.Ikan pun x derlah ikan taraf lima bintang pun.Cuma ikan cencaru jer...ngeh..ngeh..






Adeh..maaf laa ek..bekas sememeh sikit sbb..asyik duk pusing kanan pusing kiri nak amik angle...bergoyang la pulak kuah tu.Yang penting tomato tu duk melintang seksi...




No comments:

Post a Comment