mytasteindonesia.com

Thursday, 5 December 2013

HATI AYAM GORENG BEREMPAH KURMA



 


Assalamualaikum...
Arini Uj nak menghabiskan stok hati ayam yang masih lagi tersimpan didalam esbok.Hari ni segmen menghabiskan stok ...cuci bersih peti sejuk dan ingat malam nanti nak keluar beli barangan baru untuk dibuat stok lagi.Memandangkan ari-ari hujan turun..makanya  malas nak keluar beli barang.Kalau dah hujan tu rasanya lebih suka duk kt umah jer...Ok jom layan menu simple ni...







Bahannya: 

1/2 kilo hati ayam dibersihkan.
3 sdu besr serbuk rempah kurma( uj guna jenama adabi)
1/4 cwn air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit perasa (optional)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit perahan limau kasturi
sedikit myk untuk menggoreng.


Cara:


1.    Bersihkan hati ayam .Perap sekejap dgn air perahan limau kasturi.Basuh bersih dan toskan.
2.    Gaul hati yang telah dibersihkan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
3.    Panaskan myk.Add hati ayam.Masak sehingga hati ayam garing.Bila dah garing angkat.
4.    Gaul serbuk rempah kurma dgn sedikit air.Add kedalam myk yang berbaki tadi.Kacau rata.
5.    Biar rempah kurma masak seketika dan terbit minyak.
6.    Bila dah terbit myk addkan garam serbuk lada hitam serta sedikit perasa(optional).Add hati yang
       yang tlh digoreng tadi dan kacau rata.Bila  rempah dah sebati dgn hati,tutup api.
7.    Perahkan air limau kasturi dan kacau rata lagi dan angkat.




  Menu yang simple....




Jika tiada serbuk rempah kurma bole digantikan juga dengan rempah beriani ....pun sedap...








No comments:

Post a Comment