mytasteindonesia.com

Wednesday, 18 December 2013

KUAH DURIAN ..SEDAP DIMAKAN BERSAMA ROTI @ PULUT TANAK






Assalamualaikum...salam rabu dan salam sejahtera buat semua teman.
Ni N3 tertangguh.Dah lama dah, abih kuah durian ni.Dah jadi baja kompos pun.Tapi baru arini Uj nak kongsikan.






Disebabkan beberapa hari ni sibuk sangat dengan urusan,makanya nak menghadap blog pun tak der masa.Ape-ape pun  jomlah kita layan kuah durian.Kuah durian ni Uj buat untuk dimakan bersama roti.Kalau rajin sikit bole jer kukus pulut dan dimakan bersama kuah durian ni.Tapi disebabkan kebizian yang teramat sangat nak mengukus pulut pun takder masa,maka Uj layan dgn roti gardenia jer.Apa-apa pun dah selamat dah pun kuah durian ni ...abih  licin dah.....periuknya pun dah siap digantung...


 Jom jamu mata.....




Bahannya:

1 biji durian diambil ulasnya
santan dari sebiji kelapa
1/2 cwn gula ( ikut tahap kemanisan yg dikehendaki)
secubit garam
beberapa helai daun pandan disimpulkan


Cara:


1.   Satukan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk .Masak diatas api yang sederhana.Kacau
      selalu sehingga kedasar periuk.agar kuah tidak hangit.
2.   Bila kuah dah agak memekat addkan sedikit garam dan kacau rata.
3.   Biar kan kuah mereneh sebentar dan sedikit memekat.
4.   Bila kuah dah memekat, tutup api dan bolelah dhidangkan.
5.   Enak dimakan bersama roti .
   



JOm kita cicah dgn roti....





Kalau terrrajin sikit bole dimakan bersama pulut tanak atau pulut kukus...Enjoyy...




 

No comments:

Post a Comment