mytasteindonesia.com

Friday, 6 December 2013

PUDING KEREMEL LEMON BERKASTAD

  




 Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua teman-teman Uj.
Aduh... Uj fobia betul kalau sesuatu yang kita makan tu terasa sangat bau telurnya.Sebab tulah Uj kalau masak, suka sangat cari resepi yang kalau bole, dikurang penggunaan telurnya.Maklum lah usia dah menginjak ke senja ni..bulu hidung pun dah banyak yang gugur.Bila dah banyak gugur tu... cepat sangatlah sensetif pada bau.Kalau dulu takder lah cenggini pulak.Pantang lalu jer semua sebat...





     Sebut jer puding keremel,Uj dah terbayang dah penggunakan telur yang banyak.Paling kurang pun 5 biji.Adoyaii...Puding keremel ni memang sedap, sebab rasanya yang lemak-lemak ditambah pulak dengan bau harum gula hangusnya tu.Tapi selalunyakan Uj klu makan pun, Uj akan ambil secalit  dua jer.Kalau kurang bau telurnya mungkin Uj makan lebih sikitlah.Sambil tu kembang kuncup jugaklah hidung nak menelannya.




     Tapi petang nikan, Uj meroyan sangat nak makan puding keremel.Puas juga memikir cemane ek nak buat puding keremel yang tak der langsung bau telur.Puas jugak lah duk modifait ( hehe bahasa inggeris yang dimelayaukan...jahanam bahasa tu) resepi.Last-last Uj terfikir nak tambah tepung kastad dan gunakan parutan kulit lemon yang sememangnya  ado didalam simpanan Uj.Manakala telur pula, Uj gunakan 1 biji telur dicampur dengan 3 biji kuning telur.Telurnya tu Uj gunakan telur omega.Uj buang tali pusatnya.Bila dah buat dan hasilnya...walah....Ada rasa lemak-lemak kastad ditambah pulak dengan aroma harum lemon dan lemak-lemak planta.Uj buat dalam bekas remekin.Kesimpulannya 3 remekin sekali Uj hadap....buruk lantak betul.....



BAHANNYA:


Untuk keremelnya:

7 sdu bsr gula
7 sdu bsr air



 Untuk pudingnya:


200 g susu pekat manis
200 g susu cair
200 g air
2 sdu bsr tepung kastad
1 sdu teh esen vanila
2 sdu bsr planta ( nak menaikkan rasa lemak bole jugak guna mentega..kita buat dia kan)
1 biji telur ( buang tali pusat)
3 biji kuning telur ( buang tali pusat )
dua cubit parutan kulit lemon. ( klu x der lemon, kulit oren pun bole lagi wangi kot)


Cara:


1.    Untuk keremelnya.Satukan gula dan air.Masak diatas api yang kecil.Masak sehingga gula
       berubah menjadi keperangan.Tutup api.
2.    Sediakan remekin yang telah disapukan dengan sedikit mentega.Addkan keremel tadi kedalam
       remekin @ loyang .Ketepikan.
3.    Satukan susu pekat,susu cair,mentega,planta,tepung kastad,esen vanila  dan kulit lemon.Masukan
       ke dalam blender dan kisar sebati.Jangan lama sangat.Memadai sebati sahaja.
4.    Satukan sebiji telur dan kuning telur kedalam satu bekas dan pukul rata dengan menggunakan
       whisk.Pukul manja.
5.    Satukan bahan blender tadi kedalam telur.Kacau rata sehingga sebati dan tapis adunan.Panaskan 
       kukusan sehingga  mendidih.
6.    Masukan adunan telur kedalam remekin @ loyang,kukuslah selama 15 ~ 20 minit.
7.    Bila dah masak sejukan dan terbalikan perlahan-lahan.Bolehlah dihidangkan....Bole dimakan
       sejuk atau panas.




 Strukturnya takderlah cantik sgt cam omputih buat tu...tapi untuk makan sendiri bole laa kan....





Resepi asas keremel..susu segar @ krim ,beberapa biji telur dan esen vanila...Kali ni Uj modify sikit ikut kesesuaian tekak.....




kali ni 3 biji remekin sekali hadap....Enjoy.....




No comments:

Post a Comment