mytasteindonesia.com

Wednesday, 4 December 2013

SAMBAL TEMPOYAK GORENG BERPETAI






Assalamualaikum....
Semenjak kebelakangan ni cuaca asyik hujan jer kan.Kalau dah hujan tu, nak keluar gi memana pun malas.Selalunya kita lebih suka duduk kat rumah jerkan dan buat kerja apa yang patut.Perut pun mula lah berkeroncong.Makanan yang paling sedap kalau hujan-hujan cenggini ialah maggie.Kalau rajin sikit boleh ler buat cucur.Tak kiralah cucur kosong ke,cucur pisang ke atau pun cucur ikan bilis.Gerenti laku...kompom...






     Arini Uj masak lauk yang biasa-biasa jer iaitu sambal tempoyak goreng.Sambal tempoyak ni Uj campurkan dengan sedikit  ikan bilis dan petai.Sambal ni Uj gandingkan dengan ikan masin cekik leher.Kira oklah tu.Kat luar pulak hujan turun renyai-renyai.Bila dah makan sambal tempoyak goreng ni, sambil tu cubit-cubit pulak ikan masin cekek lehar dengan nasi yang berasap-asap, memang tak peduli dah walau ribut petir sekali pun, cuaca kat luar tu.Ada jugak yang suka masak sambal tempoyak  goreng ni digandingkan dengan udang.Tapi bagi Uj pulak,Uj  lebih suka jodohkannya dengan ikan bilis...Yelah lain orang lain kesukaannya.Sebabnya ringkas dan malas pulak nak keluar beli udang. Cuaca hujan kan.Masak apa aje yang ada didalam simpanan....






Bahannya:


Segenggam ikan bilis dibersihkan.
1/3 cwn tempoyak dicampurkan dengan 1/2 cawan air
2 papan petai dikupas kulit dan dibelah 2
senggaam cili api ditumbuk lumat
1 biji bwg besar dihiris kasar
sedikit myk utk menumis
garam dan sedikit perasa(optional)


Cara:

1.      Panaskan kuali.Add myk.Bila myk dah panas goreng ikan bilis sehingga garing.Angkat.
2.      Dengan myk berbaki goreng cili api sehingga garing dan cili benar-benar masak.Add sedikit
         garam.Gaul rata.
3.      Bila cili dah masak addkan tempoyak yang telah dicampurkan dengan sedikit air tadi.Kacau
         rata.Biar tempoyak sebati bersama cili api tadi.
4.      Bila semua bahan dah sebati addkan petai,ikan bilis goreng tadi dan addkan sedikit perasa
         (optional) serta sedikit garam lagi.Gaul rata.
5.      Akhir sekali addkan bwg besar hiris.Kacau rata.Biar sambal pekat sedikit den kemudian
         angkat.Bole lah dihidangkan....



Ada pula yang suka hiris daun kunyit sikit.Apa-apa pun bole, sebab kita yang masak dan bole dipelbagaikan.Bagi Uj lebih suka yang ringkas-ringkas cenggini....oppss ada lubang pulak kt tengah-tengah sambal tu...abaikan jer la yer....





No comments:

Post a Comment