mytasteindonesia.com

Monday, 9 December 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG DENGAN PETAI






Assalamualaikum...
Salam Isnin dan selamat berpuasa sunat Isnin kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat isnin arini.
Stok petai masih berbaki lagi didalam simpanan.Uj ingat nak buat sambal tumis udang bersama petai.Memandangkan stok udang tiada didalam simpanan ,nak gi kedai yang berhampiran malas pulak..so ari ni Uj sandingkan petai tu dengan sotong jer.Apa-apa pun kalau dah dibuat sambal tu memang laju jer makan.Kena pulak kalau menu sambal tu untuk hidangan makan tengahari.






Gandingan menu yang lain, Uj  tumis petola dengan suhoon. Sebab suka sangatlah kalau dapat dihirup kuahnya. Selain daritu Uj goreng  ikan masin sepat.Ok ringkas jerkan untuk menu tengahri Uj arini....Oklah jom layan sambal tumis sotong berpetai versi Uj...





Bahannya:

1/2 kilo sotong dibersihkan
sedikit kunyit serbuk
2 papan petai diambil isinya
segenggam cili kering dikisar
sedikit belacan dikisar bersama cili kering.
1 biji bwg besar dihiris kasar
sedikit air asam jawa( uj guna paste adabi)
sedikit garam ,gula serta perasa(optional)
Sedikit myk utk menumis.



Cara:


1.      Siang sotong ,bersihkan,basuh dan tos airnya.
2.      Gaulkan sotong dgn sedikit kunyit serbuk serta sedikit garam.Gaul rata dan ketepikan.
3.      Panaskan myk.Addkan sotong .Goreng sebentar kemudian angkat.
4.      Dengan myk yang berbaki goreng cili kering yg tlh dikisar tadi.Masak sehingga pecah myk.
5.      Bila dah pecah myk ,addkan air asam jawa.Kacau rata kemudian addkan sotong kacau rata.
6.      Addkan pula bwg bsr yg tlh dihiris tadi.Addkan garam gula atau perasa.Kacau rata.
7.      Bila semua bahan dah serata angkat dan bolehlah dihidangkan.





  Jemput makan.....




No comments:

Post a Comment