mytasteindonesia.com

Friday, 31 January 2014

PUFF DAGING






Assalamualaikum....
Selamat berehat dan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan Uj.Apa juadah untuk minum petang arini???.Seronokkan kalau dapat berkumpul dengan ahli keluarga sambil berborak-borak disulami dengan juadah yang menyelerakan.




Arini teragak pulak Uj nak buat puff daging.Secara kebetulan puff pastry pun ada tersimpan.Angin rajin pun ade.Makanya terhidanglah puff daging untuk hidangan minum petang Uj arini.Pagi tadi awal-awal lagi Uj dah buat intinya.Petang ni cuma nak dimasukan dan dilipatkan kedalam pastry nyer jer.Pastu terus bakar dalam oven.Senang keje sikit.Ok jom jamu mata yer....







BAHAN KULIT:

8 keping puff pastry jenama kawan.




BAHAN B (Inti)


Sedikit minyak utk menumis
2  ulas bawang putih (dicincang)
3 tangkai daun kari 
Semangkuk kecil daging dihiris kecil dan nipis
1  sudu bsr makan rempah kari Daging babas
1 sdu bsr rempah ikan babas
1 ulas kiub ikan bilis knorr
3 biji Ubi  kentang yang besar (dipotong kiub)

1 biji bawang besar (dipotong kuib)
1 tangkai cili besar dihiris
segenggam daun saderi dihiris kasar
sedikit garam dan gula

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
2. Masukkan ubi kentang, daging , rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga rempah pekat dan 
    bersalut dengan daging
3. Masukkan kiub ikan bilis ,bwg yang dipotong dadu tadi,cili besar serta daun sup (saderi).Kacau 
    rata dan sebati.
4. Sebelum angkat masukkan garam serta gula.Tutup api dan ketepikan.



Cara-Cara melekatkan pastry :
1.  Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2.  Isikan inti dan lipat dua pastry dari bucu ke bucu.( bentuk segitiga)
3.  Letakan sedikit air dibahagian bucu dan tekan dengan tangan supaya melekat.
4.  Tekan dengan menggunakan garpu dibahagian bucu tadi dgn kemas.
5.  Kelar sedikit dibahagian atas patry dgn menggunakan pisau.
6.  Sapu atas puff dengan kuning telur
7.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 220 selama 30-40 minit atau 
     sehingga keperangan.



Aduh rangup pastrynyer...berderai-derai jer bila dipegang...






                      Dek kerana rangupnya abis bersepahkan...Tak teringin ker nak cuba...

   




 Okey happy baking...kruk..kruk...

8 comments:

  1. salam akak
    puff daging tu npk berselera...mesti sedap ni....selalunye kak ady suka buat sendiri kulit puff pastry tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ady..tulah lagi seronok klu puff tu kita buat sendirikan ady pus ati.mmg lama dh tringin nak buat kulit puff sendiri tapi tulah mood selalu sgt kelaut.....Ni semua nk cpat ni ady...

      Delete
  2. salam kak Umiejazz...tergoda tahap gaban sy ni...semuanya rasa nk dicuba....tu yg spare tayar makin bertambah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ummi tkasih..nnti cuba yer ..=).x per tayar spare bertambah..nnti bole gi jogging..hehe

      Delete
  3. Salam UJ....so tempting. Jujur nih...nampak lebih menarik dari yg jual kat kedai...dengan warnanya yg cantik selepas di bakar. Terbaiklah UJ. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam fiza...tkasih fiza...akk bako guna api atas bwh..guna puff jenama kawan jer...;).

      Delete
  4. Sedapnya puff daging... memang sedap guna kulit jenama kawan ni, saya pernah belajar buat kulitnya tapi belum pernah cuba buat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie rasanya kalau buat kulit puff sendiri lagi lah berbaloikan...Nanti bole lah dikongsikan resepinya yer amie...=)

      Delete