Friday, 10 January 2014

AYAM PANGGANG LEMON BEREMPAH DGN NASI PLANTA BERLEMON








Assalamualaikum...salam Jumaat dan salam penghulu segala hari....
Pejam celik..pejam celik...dah pun 10 hb arini.Cepat betul masa berlalu dan cepat pulak terasa tuanya..kan...kan





Sempena ari Jumaat arini..entah kenapa  mood rajin melanda Uj  pulak.Ari ni Uj masak ayam panggang lemon berempah dgn nasi planta berlemon.Resepi ala-ala nasik hayam..tapi Uj buat "twist"sikit mengikut selera yang hado.Uj suka dengan keharuman bau lemon serta disusuli dengan aroma rempah ratus.Nak cipta kelainan sikit berdasarkan bahan-bahan yang ado didalam simpanan.Ok jom jamu mata.Kalau berkenan bole ler cuba.Uj buat setengah ekor ayam jer...kalau  rakyat dlm rumah ramai, bole laa buat dalam sekor ayam gitu....





BAHANNYA:

Bahan utk ayam panggang berlemon:

1/2 ekor ayam dibersihkan,dibasuh dan toskan.
 sedikit planta
1 biji lemon dihiris nipis.

Bahan kisar kering:

1 bj bwg bsr
3 ulas bwg putih
2 inci halia
1 sdu bsr ketumbar biji
1/2 sdu bsr jintan manis
1/2 sdu bsr jintan putih
1 sdu teh serbuk lada hitam
1 sdu teh kunyit serbuk
sedikit parutan kulit lemon
sedikit perahan lemon
3 btg serai dhiris
sedikit garam


Cara:

1.  Ayam ditoskan dan dilap bersih dgn "kitchen towel".Sapu rata sedikit planta pada ayam.
2.  Kisar bhn kisar kering sehingga lumat.Bila dh lumat sapukan juga bahan kisar pada ayam.
3.  Perap selama 4 jam.
4.  Bila dah perap,panaskan oven terlebih dahulu.Suhu 250 darjah.Guna api atas bawah.
5.  Addkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam dulang pembakar.Hiriskan sebiji lemon dan
     aturkan keatas ayam serta ke dalam dulang pembakar.
6.  Bila oven dah panas, addkan ayam yang telah diletakkan dulang pembakar tadi
     kedalam oven.Masak selama 1 jam @ sehingga masak.Atau ayam menjadi sedikit garing serta
     kekuningan.



BAHAN UTK NASI:


Bahan kisar: B*

1 biji bwg bsr
3 ulas bwg putih
1 inci halia

Utk nasi:

3 cwn beras ( Uj guna beras biasa)
3 1/2 cwn air
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 bj buah pelaga
1 btg serai diketuk
4 helai daun pandan disimpul
sedikit planta utk menumis
 sedikit perahan lemon
1 sdu teh susu pekat manis
1 ulas kiub daging ( knorr)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit parutan kulit lemon


Cara:


1.    Basuh beras bersih dan toskan airnya.
2.    Panaskan periuk.Add planta.Bila planta dah cair addkan kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga
       lawang.Tumis sehingga naik bau.
3.    Ambil 3/4 dari bahan kisarB*.Tumis lagi dan addkan serai ketuk serta daun pandan simpul.
       kiub daging serta susu cair dan garam.kacau sebati semua bahan.
4.    Addkan beras.Kacau rata dan addkan air serta sedikit pewarna kuning.Masaklah nasi seperti
       biasa.Bila nasi dah masak dan kering,gemburkan nasi dgn menggunakan garpu perlahan-lahan.
5.    Parutkan sedikit kulit lemon diatasnya dan tutup kembali tudung periuk.






Bahan utk  sup:

1/4  Bahan kisar B*
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas kiub daging ( knorr)
air secukupnya
sedikit garam
sedikit perasa(optional)
sedikit myk utk menumis

Cara:

1.  Panaskan periuk addkan 1/4  dari bahan kisar B*.Addkan  juga kulit kayu manis,bunga lawang 
     serta buah pelaga.Kacau rata sehingga naik bau.
2.  Bila dah naik bau addkan kiub daging serta air kacau rata.Biar kuah mendidih dan bila dah
     mendidih addkan garam serta serbuk perasa.Kacau rata dan tutup api.




Bahan utk sos:

Segenggam cili kering.Dikisar halus
2 ulas bwg putih diketuk
1/2 inci halia ditumbuk kasar
1/4 cwn cili sos( Uj guna jenama life)
1 helai daun limau purut dibuang urat tengahnya
sedikit perahan lemon
sedikit air

Cara:

1.    Kisar cili kering sehingga lumat.
2.    Bila dah lumat addkan cili kering tadi kedalam periuk.Addkan juga halia tumbuk serta bwg putih
       ketuk tadi.Addkan sedikit air dan masak sehingga cili kering bertukar warna dan masak.
3.    Bila cili kering dah masak addkan sos cili, perahan lemon ,garam serta gula.Seimbangkan
       rasanya masam manis dan masinnya.Bila semua rasa dah seimbang,tutup api ,addkan daun
       limau purut ,kacau rata dan ketepikan.


Dimakan bersama bahan sampingan:


 Timun
 Tomato
 serta ikut suka.... salad pun bole...karet pun bole...kalau lagi rajin buat jelatah pun ok gak...




Enjoyyy.....



     

6 comments:

  1. Assalamualaikum Ummi Jazz.
    Nampak menyelerakan hidangan Ummi Jazz. Tapi mama ni, kalau buat roasted chicken, tak jadi cantiklah... tu yang mendatangkan kemalasan tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaiakumsalam mama..tkasih mama..ni pun x tau cemane ler terjadi roasted chicken ni...akibat kelalaian kot...selalu gak x menjadi...

      Delete
  2. ayam panggang memang sedapp..perah lemon lagi tambah sedap...Nak sepinggan..hihi

    ReplyDelete
  3. Mel...bole jer dua pinggan pun bole..sinonimkan kalau ayam panggang ni dijodohkan dgn lemon...perah-perah manja gitew lemon tu kt ayam...

    ReplyDelete
  4. salam UJ...lamanya tak bertandang menjamu mata kt dapo akak....arini ada plak ayam bakor bergolek...terubat rindu aii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ummi..entahlah terajin pulak UJ nk buat ayam bako tergolek ni..hehe...singgah2 lah selalu yer ummi pasti terubat rindu...=)

      Delete