mytasteindonesia.com

Monday, 20 January 2014

KARI TONGKOL ALA CHEF ISMAIL







Assalamualaikum salam isnin buat semua teman...
Dah makan ker??..Apa menu tengahari ni tadi??...
Ari ni Uj masak kari tongkol.Ikan tongkol memang kegemaran kami sekelurga.Memandangkan ikan ni sedap dan unik rasanya selain tu pulak senang budak-budak nak makan sebabnya ikan ni tak banyak tulang.Selalunya Selain dari dibuat kari ,Uj buat goreng kicap jer.Sedap gak ikan tongkol di ni goreng kicap..letakan lada hitam sikit..terangkat.






Tapi kali ni Uj nak kongsikan satu resepi yang menarik minat Uj untuk mencubanya iaitu untuk meletakan sedikit serbuk rempah kurma...Dan hasilnya tak mengecewakan.Ada rasa satu  kelainan dari kari biasa.Dan bagi Uj pula memang sedap...Resepi ni dari chef Ismail...Nama pun CHEF masak ape pun sedapkan..tulah Uj nak try cuba buat.Yelah selalunya kalau masak menggunakan bahan yang sama jer jemu gakkan.Sesekali apa kata kita cuba satu kelainan pulak..betul tak...






BAHANNYA:

1 ekor ikan tongkol
3 tangkai daun kari ( uj tambah)
1 bji bwg besr dihiris
1 sdu teh halba
1 sdu teh biji sawi
1 sdu teh jintan putih
4 ulas bwg putih
1 inci halia
sedikit serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
3 sdu bsr cili kering kisar
4 sdu bsr rempah kari ikan ( Uj guna babas)
2 sdu bsr rempah serbuk kurma ( Uj guna adabi)
sedikit santan ( bergantung pada kepekatan yang citarasa memasing)
6 tangkai kacang bendi
2 bji tomato
sedikit myk utk menumis
garam serta perasa@ gula (optional)


CARA:

1.     Bersihkan ikan tongkol.Perap dgn sedikit air limau kasturi.Basuh bersih dan toskan.
2.     Panaskan myk tumis bwg hiris,halia dan bwg ptih sehingga naik bau.Addkan daun kari,
        cili kering, jintan putih,halba ,biji sawi serta serbuk kunyit.Masak sehingga naik bau.
3.     Bila dah naik bau addkan serbuk kari,serbuk rempah kurma serta air asam jawa,kacau rata
        addkan ikan.Kacau perlahan ikan dan serata dengan bahan rempah.
4.     Bila ikan dah serata bersama bahan rempah addkan santan.Biar santan mendidih dan memekat.
5.     Bila santan dah mula memekat dan kari dah mula pecah minyak addkan garam serta perasa
        @ gula (optional).
6.     Akhir sekali addkan kacang bendi serta tomato yang dibelah dua.
7.     Kacau  sebati perlahan-lahan.Bila dah sebati semua bahan tutup api dan siap untuk dihidangkan.






Gabungan serbuk rempah kari dan serbuk rempah kurma mencetuskan satu rasa yang unik pada kari tongkol ni..Sedap sangat...






 Ok selamat mencuba..





4 comments:

  1. Sedapnya kari.... nk sikit!

    ReplyDelete
  2. Gee meh dtg umah ..kita cicah cekodok sesama ek ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Umie, kakpb baru masak kari ikan merah tadi. Tapi takdelah campur rempah kurma. Yang lainnya guna susu kotak je. Kakpb kurang suka ikan tongkol sb tak pandai memasaknya.

    ReplyDelete
  4. Waaliakumsalam Zana..ikan merah kalau dibuat kari pun sdp kan..terutamanya kalau kari kapla ikan aduh...klu dpt x toleh kanan kiri dah hehe...

    ReplyDelete