mytasteindonesia.com

Tuesday, 7 January 2014

KEK CHEESE BERSALJI DGN LAPISAN BLUEBERRY







Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman.
Puas sudah Uj bersantai kali ni nak tulis N3  baking membaking pulak yer...

Snow cheese cake atau dalam bahasa melayunye kek cheese bersalji adalah diantara kek yang mendapat sambutan dikalangan ahli keluarga Uj.Ini adalah kerana disebabkan rasa keknya  yang lemak-lemak sedap  dan serta kaya cheesenya tu, menjadikan kek ni mendapat ranking yang tertinggi skali.Baru-baru ni, atas permintaaan anak buah belah somi ,Uj pun membuat kek ni sekali lagi.Tapi kali ni Uj letakan pula blueberry fruits filling dilapisan tengahnya dan masih juga tidak mengecewa kan rasanya..malah bertambah sedap.Uj buat satu aduanan dan dimasak dalam  dua loyang yang berasingan.Satu Uj bagikan kepadanya dan satu lagi untuk Uj sekeluarga.







Ok masih lagi mengguna kan resepi yang sama.Terima kasih kepada yang empunya resepi....








KEK CHEESE BERSALJI

resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahannya:


UNTUK KEK:

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ UJ guna tpg blue key superfine.
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovellete
75 gram mentega (dicairkan) Uj gunakan planta

UNTUK KRIM:

250g @ 1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn
50ml thickened cream UHT jenama Pauls

Cara: 

Satukan ketiga-tiga bahan dan putar sehingga gebu dan tidak berketul-ketul.

UTK TOPPING:

1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)



CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega   cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan blueberry fruits filling di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan  krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheddar cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong


















No comments:

Post a Comment