mytasteindonesia.com

Sunday, 19 January 2014

KEROPOK SENGKUANG CINA DGN PERASA ASLI










Assalamualaikum salam hujung minggu buat semua teman.
Semalam Uj gi ronda-ronda kat pasaraya.Takder nak beli apa pun sebenarnya..Saja cuci-cuci mata.Barang pun mahalkan.Skip dulu apa yang terlintas dihati nak beli.Adeh...Pastu gi cuci mata lak kat area ubi kentang dan barang-barang yang sewaktu dengannya.Tetiba ternampak lak arrowhead, atau lam bahasa melayunya Ngaku @ sengkuang cina.Rasanya dia ni sejenis ubi.Ramai gak orang beratur membelinya.Kan arrowhead pemes sekarang ni..cam kangkung gak, sebabnya orang cakap buat kerepek sedap.Uj pun gi belek harga.Sekilo dalam  empat hinggit lebih cenggitu.Bole laa.Uj pun beratur sama memilih, dalam ati ingat nak dibuat kerepek gak dengan bendalah ni.





Gi blogwalking kat dapur kengkawan,ramai dah cuba buat. Ada yang kreatif tu, suka letak macam-macam bahan.Bahan perasa yang asas sekali ialah garam.Kat dapur Qaseh Honey suka tambah daun kari.Kat Dapur Kak Noor lak suka letak ikan bilis,bawang putih dan cili flake.
Tapikan yang memula sekali yang Uj perasan kat dapur Yatie.Yatie cuma letak lada hitam jer.Itu semua ikut suka atau selera lah kan.
Bagi Uj selera ahli dalam rumah Uj ni suka yang ori-ori.Kalau gi makan KFC pun nak yang perasa ori.Kalau beli kerepek kentang pun suka yang perasa ori gak.Tulah kan lain orang lain seleranya.

Dengan permintaan yang ada, Uj buat perasa Yang original jer. Cuma Uj gaulkan dengan garam jer..Ok jom layan kerepek  yang sedap dimakan waktu duk berkumpul  sambil berborak ni.Laju jer makan.Lebih  laju makan lagi tika duduk bergossip..hehe.Tak sedarkan tetiba dah abih jer....
Terima kasih kepada rakan yang memperkenalkan sengkuang cina yang bole dijadikan keropok ni. Memang sedap.Bila makan sampai tak hingat.Bila dah abih baru hingat...hehe








BAHANNYA:


1 kilo sengkuang cina
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
alat penyagat

CARA:

1.       Kupas kulit sengkuang cina ni dan dibasuh bersih.Toskan.
2.       Panaskan minyak didalam kuali.
3.       Bila kuali dah panas addkan sedikit garam ke dalam minyak.Kacau perlahan-lahan minyak
          didalam kuali tu dengan sudip.
4.       Bila minyak dah agak panas sagat terus sengkuang cina yang telah dibuang kulit tadi ke dalam
          minyak.Hati-hati bila menyagat sebab minyak tu panas.
5.      Goreng sehingga sengkuang cina tu kekuningan.
6.      Bila dah kekuningan dan garing.Angkat dan toskan minyaknya.




Inilah rupa sengkuang cina tu sebelum dibuat keropok.Sebelum nikan tak tau lak ianya boleh dibuat keropok.Selalunya kalau lalu kat tepi dia Uj wat tak tau jek.Bila dah tau ianya sedap dibuat keropok, mulalah kerling-kerling manja gitew..







Keropok sengkaung cina @ arrowhead ni kalau salah pandang tak ubah macam keropok kentang jerkan.Dari segi rasa lebih sedap dari keropok kentang lagi.Tak teruja ke nak buat...sedap "kruk..kruk.."








             Selamat  mencuba.....




12 comments:

  1. Kak sarah x pernh cuba lgi...teringin nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sarah cubalah buat..goreng pun cam kita goreng kerepek ubi jer..klu suka ader flavour sikit bolelah ditambah...

      Delete
  2. assalam
    kesini bunyinya tu krap kruppp he hee
    sy blm ada kerajinan nak buat kerepek ni
    tp tingin jg sebenarnya nak rasa kesedapannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sara...mai lah sini kita makan sama-sama....=)

      Delete
  3. Wah... Blh cuba ni... X thu lak blh wat keropok ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maria jgn x cuba sedap tau bila dibuat keropok....

      Delete
  4. salam
    nak cuba jugak ni...tgk kalau ada masa free baru blh cuba ...mcm sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ady silakan mencuba..sedap sesgt...bila mkn x sdar dah habih...

      Delete
  5. Bak mai sebalang keropok ngaku tu... terlior ai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Gee nak sebalang...hehe..meh datang umah....lap air liur tu dlu....

      Delete
  6. owhhh dah buat gak ya Umie Jazz, mmng sedapkan..Yatie pun buat yg ori gak..takyah letak perisa pun dah sedap...

    ReplyDelete
  7. memang sdapkan yatie UJ tguk Yatie buat dulu tu yg teruja sgt nak buat....sambil goreng sambil makan..

    ReplyDelete