mytasteindonesia.com

Thursday, 30 January 2014

MAKAN BURGER JER..










Assalamualaikum...
Semenjak kebelakangan ni cuaca tak menentukan.Ramai yang demam dan mengalami sakit tekak serta batuk.Uj pun tak terkecuali daritu..Gi klinik jumpa doktor.Doktor kata: " ais jangan minum,cili jangan makan,minyak-minyak jauhkan,rempah-rempah pun jauhkan,air gas jgn minum..kopi jangan minum.." Adeh panjangnya pantang larang nyerkan.Rasa cam nak stepler jer mulut doktor tu..
Tapi... nak baik punya pasal ikut jerlah kan.Doktor bagi ubat batuk.Biasalah kalau dah makan ubat batuk perkara yang paling sesuai sekali ialah tido..kan ubat batuk tu mengantuk.Kena pulak dengan ubat selsema...





Maka..Uj gantung kuali..Mr hubby request nak buat berger..Bole ker batuk makan berger..rasanya doktor tak sebut pun :"burger jangan makan.." hehe oklah tu..Uj pun telan ubat batuk..baring-baring..Tetiba terbau jer  burger ala-ala abang Burn ..hehe..
Layan jerlah burger mr hubby ni...






BAHANNYA:

4 keping roti burger
8 keping daging burger ramli ( buat double)
sedikit cili sos ( life)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit planta


Bahan sampingan yang lain:

sedikit hirisan bwg besar
sedikit hirisan tomato
4 keping keju kraft singles
sedikit daun salad dihiris
sedikit timun dihiris



CARA:

1.      Panaskan kuali burger.Addkan sedikit planta.Bakar kedua belah roti burger dan ketepikan.
2.      Addkan daging dan masak sehingga masak,cucuk-cucukkan daging dengan garfu dan tabur
         kan sedikit lada hitam keatasnya.Bila dah masak tekan sedikit minyak yang berbaki diatas
         daging burger dan toskan.Cepat-cepat letakan kepingan kraft keju singles keatas daging burger
        yang masih panas lagi tu agar keju menjadi cair.
3.     Sapu roti dgn sedikit planta,addkan daging berger,sayur,tomato,bawang hiris,sos cili dan timun.
4.     Sedia untuk dihidangkan...



 Cemane ek nak makan berger tinggi cenggini.Sendri buat meriah jer bahan...


  

                  Ok Enjoy.....









7 comments:

  1. salam
    rajinnye akak buat burger...npk sedp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ady..akk gantung apron En. hubby yang buat...=)

      Delete
  2. assalamualaikum kak uj..

    makan burger pun sedap apa kan..layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wana..org yang buat kan tu yang suka layan tu..sayur juntai2 pun kira ok..hehe

      Delete
  3. sekali sekala layan western best kan..anak anak paling suka kalau akak masak camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah k.ina..terutama anak2 kan...kita buat sendiri suka ati jer nk tambah bahankan hehe

      Delete
  4. nape x buat patty burger sendiri lagik worth it...taw...

    ReplyDelete