mytasteindonesia.com

Tuesday, 14 January 2014

RENDANG DAGING BERKUAH SECUIT RASA






Assalamualaikum...salam Maulidur rasul buat semua teman dan selamat bersantai bersama keluarga tersayang.Perbanyakan lah selawat kepada Nabi besar junjungan kita S.A.W...
Seronokkan kalau cuti-cuti cenggini kita duduk berkumpul bersama ahli keluarga.Bila dah duduk berkumpul tu, macam-macam lah yang di bualkan, lebih sedap lagi kalau bergossip hehe.Cerita punya cerita terkeluar dari mulut cik hubby kita nak makan rendang.





Mula ceritanya pasal nganyam ketupat..seronok kalau duduk bersembang-sembang sambil nganyam ketupat.Pastu cerita pulak sedap kalau dapat makan ketupat .Noktah cerita.."Eh sedapkan kalau ketupat tu cicah dengan rendang.."Aduh..berdesing telinga bila sebut pasal rendang.Buatnya takderlah remeh sangat pun..cumanya tahap kemalasan tu yang lebihnya.Tapi disebabkan Encik somi  kita cuti, haa..kita suruh jer dia tolong masak sama..Bole gitew bangggg.. Haaa ..setuju jerlah.Abih selera dah tajam sanagt nak merendang bagai,kenalah rajin tolong kan..kan...
Ok jomlah jamu mata bersama rendang berkuah secuit rasa  Uj ni.....






BAHANNYA:

1  kilo daging btg pinang
1  btg kulit kayu manis
3  kuntum bunga lawang
3  ulas buah pelaga
2  sudu bsr rempah kari
7  btg serai dihiris halus dan diramas-ramas sedikit.
    santan dari 2 biji kelapa
    garam dan perasa (sedikit hirisan gula melaka)
    myk utk menumis
    sedikit air utk mengempukan daging



Bahan kisar A:*



1 biji bwg bsr*
10 ulas bwg kecil*
7 ulas bwg putih*
3 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
  segenggam cili api* ( ikut tahap kepedasan)
7 btg serai *


Bahan B  ( digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kering )



1/4 cwn jintan manis#
1/4 cwn jintan putih#
1/4 cwn ketumbar#
1/2  sdu bsr lada hitam #

Cara:

1. Potong daging , basuh bersih dan toskn airnya
2. Goreng bahan kisar B tanpa myk sehingga naik bau dan kisar kering.Ketepikan.
3. Kisar  bahan kisar A  *.Ketepikan
4. Panaskn myk add bahan kisar A *.Addkan juga kulit kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga
    Addkan juga serbuk rempah kari.Kacau rata sehingga naik bau dan terbit minyak.
5. Bila dah terbit myk, addkn daging kacau biar daging empuk.( klu x empuk bole tambah air sedikit)
6. Bila daging dah agak2 empuk add kan santan.Kacau selalu sehingga kedasar supaya x hangus .
7. Biar santan memekat dgn api yg perlahan.Kacau sentiasa.
8. Bila rendang dah memekat addkn garam serta  perasa (optional),serai yg telah dihiris tadi.kacau
    rata.
9. Sedia utk dihidangkan...sedap dimakan bersama nasi yang panas.





Request dari mr hubby lagi takmo rendang yang kering.Suka rendang yang berkuah..hishhh..banyak permintaan pulakkan.Sebabnya suka kuah yang pekat tu digaul dengan nasi.Layan jerlah..janji tolong masak sama kan.Lupakan lah pasal ketupat.Makan dengan nasik jerlah ye bangg...




Happy cooking.....



6 comments:

  1. sedapnya rendang.. pekena dengan pulut kuning makan tak hengat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sesuai kan sue tapi semangat nk mmasak pulut tu kelaut..hehe...

      Delete
  2. rendangnya nampak lezat....menggoda sangat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih ummi..rendang biase2 jer nih..entah knapa plak terbuat rendang klu ikut ati malas memanjang...hehe

      Delete
  3. Sedapnyaaa..hidangan rendang memang tak boleh tolak..lagi2 time masak tu, mau sambil masak sambil makan..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Mel rendang ni masa panas pun sedap..kalau dpt ratah masa pns tu x hingat donia..bila dah sejuk bole dikeringkan..bile dah terlalu kering bole dibuat serunding.

      Delete