mytasteindonesia.com

Thursday, 16 January 2014

SAMBAL PARI MASIN RESEPI MAK







Assalamualaikum...salam khamis buat semua teman.
Uj ucapkan juga selamat berpuasa sunat khamis kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat arini...
Arini Uj masak  yang ringkas-ringkas jer iaitu sambal masin pari.Gandingannya ialah lemak kobis dan ulam petai.Sebabnya aritu dah puas merendang.Dan baki rendang aritu masih lagi ada, cuma Uj perlu panas dan keringkan saja.Bila dah dikeringkan, dah jadi ala-ala serunding daging pulak.Cukuplah tukan...Alhamdulillah..itu pun dah lebih memadai dah untuk makan tengahari ni.





Ikan masin pari ni, kalau tak nak terlalu masin, bole jer direndam dengan air sekejap,kemudian toskan airnya.Selain dari menggunakan cili kering untuk dibuat sambal, kengkadang Uj gunakan cili api gak.Kalau gunakan cili api Uj lebih suka  tumbuk jer dengan menggunakan lesung batu.Bila dikisar kurang menyengat.Kalau ditumbuk pun cuma perlu dipecah-pecahkan jer cili api tu.Bila gunakan cili kering pun camtu gaklah.Uj tak suka cilinya yang terlalu hancur.Jika cili dah terlalu hancur,bila digoreng seakan-akan cili tu menjadi serbuk pulak dan cepat menjadi hangit jika menggunakan api yang besar...

Masa dulu-dulu,mak Uj kalau buat sambal pari masin ni, suka guna cili kering yang digiling.Memang sedaplah siap berebut-rebut nak amik sambalnya.Tapi sekarang ni ringkas jerkan,semua main blender jer.." tret..tret" kejap jer dah siap hancur cili tu.Nak carik batu giling pun susah dah sekarang ni..OK jom jamu mata dengan sambal ikan pari masin  resepi mak Uj ni.Resepinya ringkas jer yang penting jadi nostalgia buat kami sekeluarga.Airtangan ibu tiada tolok bandingnya kan....





BAHANNYA:

2 keping ikan masin pari dipotong kecil
Sedikit cili kering dikisar
1 biji bwg besar dihiris kasar
Sedikit garam serta perasa ( optional)
Sedikit myk utk menulis.


CARA:


1.    Ikan masin pari dipotong kecil dan direndam seketika.Kemudian.Basuh bersih dan toskan airnya.
2.    Kisar sedikit cili kering.
3.    Panaskan kuali add sedikit myk.Bila kuali dah panas goreng ikan masin pari sehingga sedikit
       garing.Angkat dan ketepikan.
4.    Dengan minyak yang masih lagi berbaki addkan cili kering.Masak sehingga sambal pecah
       minyak.
5.    Bila sambal dah pecah minyak addkan garam serta perasa.Kacau rata.
6.    Addkan bwg besar hiris.Gaul rata.
7.    Akhir sekali addkan ikan masin yang telah digoreng tadi.Gaul rata kesemua bahan dan tutup api.
8.    Siap untuk dihidangkan.




Uj ingat nak gandingkan sambal pari masin ni dengan kangkung goreng belacan..Tapi disebabkan kangkung tengah glemer sekarang ni ngalahkan artis..makanya Uj gandingkan masak lemak kobis jer..hehe...


Ok....Enjoy.....





12 comments:

  1. Replies
    1. tkasih maria..menu yang simple jer....

      Delete
    2. Simple tapi sedap UJ...saya pun suka pari masin..ranggup je. Kalau buat sambal macam ni lagilah sedap.

      Delete
    3. Fiza ..klu menu ni utk bersahur dibulan puasa maunya bertambah2 nasi dipinggan.Kena pulak dgn nasik pns...kan..kan...Fiza

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    Wah... Terliur sudah tgk sambal pari masin tu... Nmpk menyelerakan!!

    ReplyDelete
  3. Salam Umie Jazz..lama dah tak makan ikan pari masin nie,,kalau sahur ada lauk nie mmg berselera lah..salam perkenalan dan terima kasih sudi singgah blog ina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam INa sama lah kita ek klu sahur ade lauk ni mmg x pndglah lauk lain...

      Delete
  4. Waalaikumsalam diana tekasih.menu yg ringkas jer diana...=)

    ReplyDelete
  5. salam ... lamanya x singgah sini .. menu ni memang fave beli ikan kering ni memang x lari mesti buat sambal mcm ni

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wani...mmg sesuai sgtkan..bli masin pari wat sambal.....tkasih krn sudi singgah...

    ReplyDelete
  7. lor...sambal pari pun ada...td kat cmg gulai pari...byk jugak kegunaan pari ni, ingat bakar dan asam pedas je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aima ni pari masin yang jual kat area ikan masin tu..ikan pari masin cam ikan kering jer...

      Delete