mytasteindonesia.com

Tuesday, 25 February 2014

KELADI GORENG RANGUP HIDANGAN PETANG






Assalamualaikum..
Ringkas jer menu minum petang Uj arini tadi iaitu keladi goreng rangup.Uj suka kalau goreng keledek ker goreng keladi ker..atau goreng pisang ker..suka sangat tambahkan sedikit tepung goreng adabi.Sesuai sangat pada tekak Uj ni.Ada orang suka lagi letak tepung beras atau tepung jagung.Tapi bagi Uj pulak,lebih suka campurkan sedikit tepung  goreng adabi tu.




Bila makan panas-panas tu terasa kerangupannya.Tepung goreng adabi tu tak perlu banyak sangat pun.Cuma tambahkan sedikit jer.Lebihkan tepung gandum dan campurkan sedikit tepung goreng adabi tadi.
Yelah kan, masing-masing ada versi tersendiri untuk menggoreng pisang,keladi atau keledek ni.Uj cuma kongsikan jer yang selalu Uj buat..hehe...kan sedap itu "subjektif"...Betul tak???






Bahannya:

Keladi dibuang kulit dan dibersihkan dihiris ikut kesukaan.
1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung goreng rangup adabi
sedikit kunyit serbuk.
sedikit garam
sedikit air
minyak untk menggoreng


Caranya:


1.  Hiris ikut kesukaan keladi yang telah dibuang kulit.
2.  Satukan tepung gandum,tepung rangup adabi,serbuk kunyit,sedikit garam serta air.Kacau rata
     mengikut kepekatan bancuhan yang dikehendaki.
3.  Addkan keladi yang telah dihiris tadi kedalam tepung bancuhan.Gaul rata.
4.  Panaskan minyak.Bila minyak dah panas addkan keladi yang telag disalut dengan tepung tadi.
5.  Goreng sehingga kekuningan serta balikan-balikan.
6.  Bila  keladi dah kekuningan angkat dan toskan minyak nya.








 Jom minum petang..pekena pulak secawan kopi O kaw cap kapal api....








           Okeyyyy.. enjoyy




13 comments:

  1. Assalamualaikum UJ,
    Wahhh sedapnya keladi goreng ni, fevret umi tau... isk kat manalah nak cari ubi keladi kat sini he he :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe umi nnti Uj guna pos laju boleyy..;)

      Delete
  2. saya pun suka makan keladi atau ubi goreng ni kak..best minum petang..selera..hihi..

    ReplyDelete
  3. salam singgah..
    baru terlintas rasa nak makan keladi goreng jer .. tepung segera dah ada dah cuma keladi jer tak ada .. hii..alahai tergoda lak nampak yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wani nnti klu dh goreng anto kt Uj sepiring yek...;)

      Delete
  4. cicah dengan sos cili Thai..yummy!!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue yumyum...kengkdg Uj suka ciciah ngan gula hehe

      Delete
  5. sedapnya goreng keladi......makan cicah dgn samabl kicap pun sedap nie!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah myda cicah ngan sambal kicap pun sedap

      Delete
  6. Assalam UJ nampak rangup sangat keladi goreng ni..Nak tanya keladi jenis apa yg UJ guna tu..kang uat keladi sebarangan..gatal lak huhuu..saya ni tak berapa biasa sangat ngan keladi kalau keledek goreng tu biasa la makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Lina...yerlah Lina klu salah beli nnti terbeli keladi yg gatalkan..keladi ni Uj bli kt psr malam..selain dri digoreng Keladi jenis ni bole gak dibuat gulai...

      Delete
  7. sedapnyer ummi kalau dpt buat minum ptg ni.... sy peminat keladi & sukun... sukun senang juga nak cari org jual.. tp keladi ni mmg jrg2 org nak jual.. mgkin sbb ubi keladi tu agak mahal harganya kan....

    ReplyDelete