mytasteindonesia.com

Monday, 24 February 2014

LEMAK PEDAS CILIAPI AYAM KAMPUNG BERSAMA KENTANG






Assalamualaikum salam sayang buat semua teman..
Semalam gi lawat Mak mertua Uj (MIL).Biasalah kan cuti-cuti kalau takder kemana,selalunya aktiviti UJ berulang jer ke kampung.Kengkadang tu berjanji dengan adik beradik yang lain untuk bertemu dirumah mak.Selalunya memang cenggitulah aktiviti hujung minggu Uj.kalau takder tetamu yang datang bertandang kerumah.




Secara kebetulan MIL tangkap ayam pulak untuk dibuat gulai.Kalau dah ramai adik beradik berkumpul memang macam-macamlah aktiviti yang dilakukan.
Tapi disebabkan En.suami terpaksa balik awal,makanya MIL bekalkan jer ayam seekor untuk kami.Ayam tu dah siap pun dibersihkan dan siap dilayurkan diatas api oleh MIL.Makanya si menentu ni tadi hanya bawak balik jerlah ayam tu untuk dimasak gulai hehe...
Dengan itu tengahari  tadi, Uj masak lemak pedas cili api ayam kampung digandingkan dengan kentang.Uj buat pedas-pedas sikit.Sebab En.suami suka yang pedas-pedas.Ok jom layan lemak pedas ciliapi ayam kampung versi Uj ni....










Bahannya:

1 ekor ayam dibersihkan
3 ulas bwg merah*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
seganggam ciliapi* (ikut tahap kepedasan yang diingini)
santan dari sebiji kelapa ( kalau kelapa tu kecil bole buat 2 biji)
3 tangkai serai diketuk sedikit.
3 biji kentang dibelah 4
sedikit garam


Cara:

1.     Ayam diperap dgn sedikit tepung dan jus limau kasturi.Basuh bersih,bilas dan toskan.
2.     Tumbuk bahan bertanda  * sehingga lumat.
3.     Add ayam yang telah dibersihkan kedalam periuk.Satukan sekali dengan bahan tumbuk serta
        serai.
4.     Gaul sebati ayam dengan bahan tumbuk tadi.Addkan juga sedikit garam.
5.     Addkan santan kedalam periuk.Kacau rata  dan masak dgn api yang sederhana addkan
        kentang.Biarkan kentang empuk dan kuah mendidih .
6.     Bila dah mendidih addkan sedikit garam lagi.Biarkan kuah mereneh seketika.
7.     Bila kuah dah agak memekat tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





    Uj kalau masak ayam kampung suka ayam tu dilayurkan terlebih dahulu diatas api.Bila ayam tu dah dibuang bulunya dan dibasuh bersih.Layurkan sekejap diatas api.Bagi kulit dia berminyak dan keperangan-perangan sedikit .Kemudian barulah dipotong dan dibersihkan semula.Wangi jer gulainya...










3 comments:

  1. em, sedapnya masak lemak tu kak uj..tang pedas tu sya x berapa tahan..heheh..

    ReplyDelete
  2. tkasih wana..sesekali dpt mkn ayam kg..hehe

    ReplyDelete
  3. suka mkn lemak pedas ciliapi..yummy!!..

    ReplyDelete