mytasteindonesia.com

Saturday, 15 February 2014

LEMAK PEDAS TELUR DENGAN TERUNG






Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman...
Pekabar semua..dah lama jugak Uj tak menjenguk kedapur Uj ni ek.Nampak labah-labah pun dah mula nak membuat sarang hehe.Disebabkan kesibukan yang teramat sangat, membuatkan Uj tak der masa nak menjenguk kesini.Ni pun cuba jugaklah jeling-jeling manja sekejap kat sini..






Saja nak kongsi menu tengahari tadi iaitu gulai lemak pedas telur bersama terung...Takderlah menu yang spesel sangat pun.Kata orang menu biasa-biasa jer.Ape-ape pun jom lah layan resepi gulai lemak pedas telur dengan terung  ni.Pada mula nak jodohkan gulai lemak pedas telur ni dengan belimbing buluh.Puas carik belimbing buluh kat pasar .Takder pulak.Terung pun ader tinggal sebijik lagi dalam esbuk,Uj campurkan jer dalam gulai ni...boleh kerrr....





Bahannya:


5 biji telur ayam direbus dengan sedikit garam
segenggam cili api ( ikut tahap kepedasan yang dikehendaki) *
1 inci kunyit hidup*
sedikit ikan bilis*
2 ulas bwg kecil*
2 batang serai diketuk
1 biji terung dipotong
santan dari sebiji kelapa
2 keping asam keping
sedikit garam


Caranya:

1.   Rebus telur ayam dengan sedikit garam.Bila dah mnasak kupas kulitnya dan ketepikan.
2.   Tumbuk lumat bahan bertanda.Addkan kedalam periuk.
3.    Addkan juga santan,serai serta sedikit garam dan asam keping.
4.    Masak diatas api sehingga kuah mendidih.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
5.    Bila kuah dah mendidih,addkan telur yang telah direbus serta terung yang telah dipotong
       tadi.Kacau rata supaya santan tak pecah minyak.
6.    Bila kuah dah agak memekat,addkan sedikit garam lagi dan biarkan kuah mereneh sebentar.
7.    Bila kuah dah memekat,tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Gulai lemak pedas telur ni Uj gandingkan dengan ikan masin sepat goreng,sambal belacan serta timun...






                  Okey...enjoyyy...




5 comments:

  1. salam kak uj..

    sedap ni kalau dapat makan lemak pedas telur ni..bab kuah tu yang boleh buat tambah nasi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wana btul tu wana..hehe =)

      Delete
  2. oooo leh kawin jugak terung n telur ek..leh try

    ReplyDelete
  3. hehe aima bole jer janji berlainan jenis ;)

    ReplyDelete
  4. oh my God... look so deli .. mesti mahu cuba ini . thank you for sharing.

    ReplyDelete