mytasteindonesia.com

Wednesday, 19 February 2014

SAMBAL AYAM BELADO SECUITRASA










Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman...
Ari ni menu yang ringkas jer buat hidangan makan tengahari Uj iaitu sambal ayam belado...Biasalah ahli rumah Uj ni, kalau sehari tu tak kena penangan cili api memang tak sah..ibarat ada jer yang rencah yang kurang .Terutamanya bagi si encik suami.







Kalau dibuat sambal cili kering ibarat cuit tak cuit jer.Tetapi kalau sambal cili api laju jer makan..Oklah jom jamu mata dengan sambal ayam belado versi Uj ni..Bahannya pun ringkas jer nak masaknya pun senang.Sambal ayam belado ni Uj gandingkan dengan kobis masak lemak putih dan ulamnya petai..Alhamdulillah rezeki yang diberikan Allah kepada kami sekeluarga...








Bahannya:

1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong kecil sedikit.
segenggam cili api ditumbuk ( ikut tahap kepedasan yang diingini)
2 biji bawang besar dihiris kasar
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam sedikit perasa( optional)
minyak untuk menumis.


Cara:

1.  Panaskan minyak .Gaul ayam dengan sedikit  garam dan serbuk kunyit.Goreng ayam sehingga
     garing sedikit dan angkat.Ketepikan.
2.  Kurangkan sedikit minyak dan goreng ciliapi tumbuk tadi.Goreng sehingga cili masak dan sedikit
     garing.
3.  Bila cili dah garing addkan sedikit garam serta perasa.
4.  Addkan juga bawang hiris tadi .Kacau rata.
5.  Akhir sekali addkan ayam.Gaul rata ayam.Bila semua bahan dah serata.Angkat dan sedia untuk
     dihidangkan...




    Sedap juga kalau nasi tu digaul dengan kicap manis dan dimakan bersama sambal ayam ni...







  Okeyyy...senang dan simple


6 comments:

  1. masaknya pun mudah jer maria....=)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tkasih Gee... menu yg ringkas jer ....=)

      Delete
  3. Waalaikumussalam. Sedap ni makan dengan nasi panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama....mmg btul tu..gaul sambal dia dgn nasi pns tu kan ;)

      Delete