mytasteindonesia.com

Friday, 21 February 2014

SAMBAL BILIS TAMBAN DGN LEMAK PUTIH BAYAM






Assalamualaikum...salam jumaat dan salam penghulu segala hari..
Untuk hidangan tengahari ni tadi Uj masak sambal jer.Sambal bilis tamban gandingannya lemak putih bayam.Pastu hiris tomato dan  dicicah dgn sambal belacan.Masa ni sambal belacan belum dibuat lagi.Tu yang tak di interframe kan tu.
Kali ni atas permintaan En.suami nak ikan bilis tamban tu dibuat sambal cili kering pulak.Ok jerlah..janji mudah dan ringkas kan.





Ikan bilis tamban ni,kawan Uj yang bagi.Alhamdulillah rezeki datang lagi.Susah nak carik ikan bilis tamban sekarang ni.Kalau ada pun jenis ikan bilis tamban yang besar dan keras tu.Uj tak tau lah orang lain panggil ape.Tapi Uj selalu panggil ikan bilis tamban.....betul ker....
Oklah jom layan resepi yang cinonit ringkas ni...




Bahannya:


1 mangkuk ikan bilis tamban dibasuh dan ditoskan airnya.
segenggam cili kering dikisar
2 biji bawang besar dihiris kasar
sedikit garam,gula atau perasa(optional)
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:


1. Panaskan minyak didalam kuali.Addkan ikan bilis  tanmban.Goreng sehingga garing.Angkat
    dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang masih berbaki,goreng cili kering yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak dan cilinya dah masak,addkan garam,gula serta perasa.Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang besar hiris dan ikan bilis tamban yang telah digoreng garing
    tadi.Kacau rata dan angkat.



 




         Okeyy Enjoyy...





8 comments:

  1. Berselera pulak mama tengok lauk Ummi Jazz ni... simple tapi sungguh menggamit selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tkasih...yg penting ringkas dan sedapkan...

      Delete
  2. salam singgah .... sedapnya sambal ikan bilis tamban ..ini pun dah lama tak buat ... ganding dengan sayur lemak emm sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih krn sudi singgah...kalau ada masak lemak lawannya dgn samabl tak gitu wani...;)

      Delete
  3. bestnya makan sambal..buat tambah selera ni makan..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kan wana..menu simple selalu menyelerakan..kenalah pulak dgn sambal.=)

      Delete
  4. salam pengenalan... mengancam sambal ni + sayur lemak. combination yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pengenalan jugak dari Uj tkasih krn sudi singgah kedapur Uj yg tak seberapa ni....=)

      Delete