mytasteindonesia.com

Wednesday, 19 February 2014

SUP NASI UNTUK ANAK






Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman.
Susah hati kan kalau anak-anak demam.Pastu bila dah demam selera makan dia orang pun  kurang. Diorang tak mo makan pulak.Kalau dah tak mo makan, cemana nak makan ubatkan.Sebabnya syarat nak makan ubat kenalah makan isi perut dulu.Betul tak.








Tak perlu lah kita cakap tentang bab selera makan anak bile diorang demam.Cer kalau kita jer demam. Cam tu jugaklah kan.Kalau kita demam , selera makan kita pun memang  tak der.
Nampak lauk ketam masak sweet sour pun, cam nampak sabut timbul jer..hehe..Hari ni anak Uj demam.Selera makan pun kurang. Uj wat nasi sup jer untuk dia.Adalah nampak berselera sikit dia makan.Cukuplah sekadar  empat lima suap pun dah memadai dah.Nak masaknya pun mudah jer.Maklum lah kalau anak dah demam ni, tak leh nak buat keja lain dah..nak berkepit jer ngan dia..Jom layan nasi sup versi Uj untuk Zara Anessa yang demam ni...







Bahannya:


1/4 cwan beras ( dibasuh dan ditoskan airnya)
2 biji kentang dihiris tebal
1/2 btg karet dihiris tebal
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih diketuk
1 biji telur
sedikit garam
1 mangkuk air ( boleh lebihkan airnya)
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1.    Panaskan minyak, add bwg hiris dan bawang putih ketuk.Goreng sehingga naik bau.
2.    Addkan kentang dan juga karet.Kacau serata.
3.    Addkan pula beras.Kacau semua bahan serata.Addkan air.Biar semua bahan sebati dan nasi
       menjadi lembut.Kacau rata lagi.
4.    Bila nasi dah menjadi lembut addkan garam.Kacau rata dan biar nasi berkuah seperti kuah sup.
5.   Akhir sekali addkan telur.Biar kan sup mereneh seketika.Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



  Bole jer addkan sayuran lain,brokoli ker,kobis hiris ker..ape-ape pun bole....





                 Okeyy...









5 comments:

  1. mesti anak anak suka makan sup ni...at least tak lah perut kosong bila dah keadaan lemah macam tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kan,...dpt isi perut sedikit pun jadilah....=)

      Delete
  2. telur kat atas tu nampak sedap la..ada kasih sayang ibu di situ..hihii

    ReplyDelete
  3. mel sebenarnyaUj nak buat telur ala-ala mata kebau..tapi dah merengek punya pasal nak cpt terus terkacau lebih..tulah jadi cenggitu...hehe

    ReplyDelete
  4. salam...

    makanan macam ni memang sesuai sangat untuk orang yang demam/sakit..ringkas dan kurang minyak..moga zara cepat sembuh ya.

    ReplyDelete