mytasteindonesia.com

Tuesday, 25 March 2014

JUS MAGGA LILY











Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman.
Uj hanya mampu mengucapkan Al-Fateha buat keluarga mangsa pesawat MH370  yang beragama islam dan takziah buat  keluarga mangsa yang bukan berugama islam.Apakan daya kita hanya insan kerdil yang tak mempu melawan takdirNya.Dan bagi Uj setiap yang telah ditakdirkan Allah pasti terkandung seribu hikmah.Hanya Allah yang tahu segala isi dilangit dan dibumi.
Kita sebagai hambaNya ini hanya mampu berserah dan redha dengan ketentuanNya...
Walaubagaimana pun kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan kita.Kita tak tahu apa pula yang menimpa kita dikemudian hari.Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar kita sentiasa berada dibawah rahmatNya.Yang pergi tetapkan pergi.Dan yang tinggal terus berjuang untuk hidup.Kematian dan kehidupan setiap insan telah ditentukan oleh Allah...






Kali ni tiada menu yang menarik untuk Uj kongsikan.Hanya jus mangga lily yang dapat Uj kongsikan...



Bahannya:

Sebiji mangga lily diambil isinya
10 ketul kiub ais
2 @ 3 sudu besar gula
11/2 cawan air ( kalau nak cair bole lebihkan sukatan air)

Cara:

1.   Satukan semua bahan dan kisar sehingga hancur.
2.   Bila dah hancur bolehlah dihidangkan....






Lagi sedap kalau diletakan whipping cream diatasnya...yumyum....





   Okeyyy...selamat mencuba....









4 comments:

  1. Replies
    1. yelah sue semuanya tanpa pengawet hehe...

      Delete
  2. salam kak.

    terliur tengok jus mangga yang pekat tu..erm..

    ReplyDelete
  3. pekatkan wana...kalu nak cair addkan jer kiub ais..hehe...

    ReplyDelete