mytasteindonesia.com

Thursday, 20 March 2014

KARI DAGING KAMBING BERKENTANG SECUITRASA







Assalamualaikum...salam khamis buat semua teman.
Selamat berpuasa juga Uj ucapkan buat teman-teman yang berpuasa sunat khamis arini.Menu Uj untuk tengahari ni tadi ,Uj masak kari kambing.Sebabnya stok daging kambing masih lagi tersimpan.








Lagipun arini  malas nak pikir nak masak ape..makanya selongkar dalam esbok terjumpa pulak daging kambing.Entah bila punya daging kambing lupa pulak Uj.hehe.. lupa pulak daging kambing masih ada tersimpan lagi.Uj gandingkan kari daging kambing ni dengan kentang.Stok kentang pun masih ada berbaki lagi...Haa memang secocoklah tu gandingan beliau berdua ni....Okeylah jomlah jamu mata..dengan versi kari Uj ni...








Bahan:

1 kilo daging kambing ( lamb)
5 biji kentang dibelah 4
5 sudu serbuk rempah kari daging babas*
5 sudu serbuk rempah kari ikan babas*
4 cwn santan sederhana pekat
1/2 cwn cili kering dikisar
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit air utk mengempukan daging

Bahan tumis:

2 biji bwg besar dihiris
6 ulas bwg putih dihis
2 inci halia dihiris
5 tangkai daun kari
sedikit rempah 3 serangkai ( palaga,bunga lawang dan kulit kayu manis)
sedikit myk utk menumis.

Cara:

1.  Add myk dalam periuk.Add bahan tumis.Biar sehingga naik bau.
2.  Bila dah naik bau add cili kering kisar.Masak sehingga cili kering pecah myk.
3.  Bila dah pecah myk add bhn rempah yang bertanda *.Kacau rata dan addkan air asam jawa.
4. Add daging kambing dan kacau sebati bersama bahan rempah.Tutup periuk dan biar daging empuk    Add air utk mengempukkan daging kambing .
5. Bila daging kambing dah mula empuk add santan serta kentang.Kacau rata.
6. Bila kentang dah empuk perasakan dgn garam dan gula.
7. Biar kuah reneh dan memekat seketika.Kemudian bolelah dihidangkan










Selalunya karini lagi sedap kalau dibiarkan semalaman..lagi umphhh rasanya.Pastu dibuat pulak cicah dengan lempeng bodoh..ker atau cekodok ke..Tapi kalau tahap kerajinanan dalam tahap A+ bole jer dibuat roti jala....







                 Okey...enjoy....








4 comments:

  1. Assalam
    Sedapnya,
    wat cicah roti canai pun sodap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam my dear sara..btul tu sara...=)

      Delete