mytasteindonesia.com

Tuesday, 18 March 2014

LALA TUMIS SERAI DAUN KUNYIT








Assalammualaikum...
Salam ceria buat semua teman.
Sebut jer Lala..pasti peminat tegar pada seafood ni terliurkan.Lala ni selain ditumis,kalau  dibuat  gulai lemak cili padi pun sedap.Manis jer kuahnya...Kadang kala nak dapatkan lala ni pun susah gak..kalau kena tak bermusim tu isinya cinonitlah sangat.Kali ni Uj teruja sangat nak masak Lala.Alhamdulillah ada pulak lala ni di pasar.Tapi tak berapa nak besarlah isinya...





Lala ni, Uj buat masak tumis serai dengan daun kunyit jer sedap.Menu ni memang menjadi peberet kami sekeluarga.Kalau beli Lala memang tak cukup sekilo..Sebabnyaselain dimakan bersama nasi suka gak suka diratah ..
Kalaulah tak der daun kunyit,bole jer digantikan dengan daun limau purut..Emmm sedap gak..Tapi yang pasti serai mesti ada....







Bahannya:


Sekilo Lala ( kalau rakyat ramai bole tambah)
10 ulas cili api*
10 tangkai cili kering*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar dihiris kasar
3 sudu besar sos cili ( uj guna jenama life)
sedikit garam
sedikit perasa(optional)
sedikit air
3 batang serai diketuk
3 helai daun kunyit dikoyak-koyakkan
sedikit perahan limau kasturi
sebiji telur


Cara:


1.   Lala dibasuh bersih dan ditoskan airnya.
2.   Kisar bahan bertanda separuh lumat.Ketepikan.
3.   Panaskan minyak addkan bahan kisar serta serai .Kacau rata.Biar bahan tumisan pecah minyak.
4.   Bila bahan tumisan dah pecah minyak,addkan sos tiram serta sos cili.Kacau rata.
5.   Addkan Lala.Kacau rata dan addkan daun kunyit.
6.   Tambah sedikit air.kacau rata lagi.Pecahkan telur, kacau sebati telur bersama lala.
7.   Bila lala dah masak addkan garam serta perasa.Kacau rata lagi.
8.   Akhir sekali taburkan bawang besar hiris serta sedikit perahan air limau kasturi.
9.   Kacau rata dan angkat.Sedia untuk dihidangkan...






 Lala yang masih panas telah sedia untuk dihidangkan atau diratah.....Alhamdulillah diatas rezeki Allah...





Kalaulah takder daun kunyit,bole jer digantikan dengan daun limau purut...wangi jer kuahnya...








               Okeyyy... Enjoy...













10 comments:

  1. mel tak pernah nampak pula lala ni kat pasar ikan sini,. ke memang takde jual..kalau tak boleh try..uhuu

    ReplyDelete
  2. salam..

    em, bestnya menu..sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...wana mai dtg umah hehe

      Delete
  3. Assalam Umie Jazz,
    wah kita dah lama tak beli lala ni..
    kalau jumpa kat pasar atau supermarket..walaupun dah ada lauk kita tetatp beli juga sebab
    suka masak untuk side dish..suka yang kecil2 macam UJ masak tu..manis lalanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ay..sedapkan ayu sama lak peberet kita..hehe

      Delete
  4. mau tak terguda dengan lala tumis serai daun kunyit ni.. if dapat makan dengan nasi hangat jer pon dah cukup!
    betul tu Uj ..bukan senang nak dapat lala ni if bukan musim nyer..mahal pon yer jugak...

    salam perkenalan Uj, dari saya..singgah n follow sini..keep in touch yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkaih rohaili...btul tu ada msanya klu nk dicarik lala ni mmg tkde...tksih krn sudi singgah ke dapur uj yg x seberapa ni....

      Delete