mytasteindonesia.com

Wednesday, 5 March 2014

SAMBAL TUMIS KUPANG BERPETAI









Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua teman.
Dah lama Uj teringin nak  membuat sambal kupang.Nak carik kupang punya lah susah.Kalau pun ada orang jual rasa cam tak menarik jer nak beli.Semalam  Uj gi kedai yang berdekatan dengan rumah Uj.Secara kebetulan nampak pulak orang hantar kupang kat kedai tu. Uj pun cubalah belek kupang tu.Kupang tu pun nampak masih fresh lagi.





Aduh ..pucuk yang dicita ..ulam pulak yang datang.Uj terus beli.Teruja sangat dengan kupang yang masih segar tu..Uj beli dalam  dua bungkus ..Terlintas nak buat sambal kupang.Secara kebetulan petai pun ada terjual.Petainya pun nampak masih segar dan cantik lagi....Alhamdulillah untuk rezeki arini...Jom jamu mata....




Bahannya:


1 kilo kupang dibersihkan
segenggam cili kering direndam dengan sedikit air panas.
sedikit belacan
2 papan petai dibuang kulitnya
2 biji bawang besar dhiris kasar
sedikit garam,perasa dan gula (optional)
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis


Cara:

1.  Kisar cili kering bersama sedikit belacan sehingga lumat.Ketepikan.
2.  Panaskan minyak.tumis cili kering kisar sehingga pecah minyak.
3.  Bila dah pecah minyak addkan petai.Kacau rata.
4.  Addkan air asam jawa.kacau rata lagi.
5.  Addkan kupang.Gaul rata.Addkan sedikit garam,gula serta perasa( optional)
6.  Akhir sekali addkan bwang besar yang telah dihiris.kacau rata.Kemudian angkat.



Nak bagi sambal lebih terasa lemak,bolehlah diletakan sedikit santan.Bagi Uj sedap jer...Sambal  tumis kupang berpetai ni Uj gandingkan dengan ikan kembung goreng dan  lemak putih suhon bersama fucuk.





   Okey...enjoyy....








10 comments:

  1. waa..petang ni semua update seafood..uhuu
    mel pernah beli sekali je kupang ni, itupun hubby yang perabih.mel memang tak pandai makan..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kupang ni peberet Uj sekeluarga mel...hehe...=)

      Delete
  2. salam syg uj
    zila jrg bli kupang sbb hubby x mkn..tp zila pling suka..klu lauj cmne mmg suka ratah jew.x jd lauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syg juga buat zila semoga bby sihat selalu yer.samalah kita zila peminat kupang.klu dibuat gulai pun sedapkan...klu carik nasok lemak pulak suka carik yang ader sambal kupang sekali hehe

      Delete
  3. salam kak uj..

    sedapnya..lama la x makan kupang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wana..bole ler carik kupang ni wana..hehe

      Delete
  4. Assalamualaiku...trima ksih sdi singgah dpur kita yg xsbrapa tu...suka tgk pic2 umie...jelas n cntikk...mnu pun smua mngancam jiwa raga...salam ukuhwah dri bumi bahrain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam maz sama2 dear maz..salam persahabatn yang berpanjangan dari Uj yer...

      Delete
  5. Salam,

    Wah dah lama tak makan petai.Sedap tu....

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing your thoughts. I really appreciate your efforts and I will be waiting for
    your further post thanks once again.

    Here is my web page :: clash of clans hacks

    ReplyDelete