mytasteindonesia.com

Saturday, 15 March 2014

SUP IKAN MERAH REMPAH KURMA







Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua teman yang disayangi....
Lama gak Uj tak menjenguk ke dapur Uj ni.Selain dari kesibukan urusan harian yang teramat sangat...mood nak memasak pun memanglah kelaut disebabkan ketiadaan air.Air dikawasan Uj masih lagi dicatu.Walau bagaimanapun perut perlu jugak diisi.Sememangnya kenalah masak gak hehe..Semoga Allah permudahkan setiap urusan hambanya ini...





Hari ni dengan mood yang ada, Uj masak sup ikan merah jer.Semua bole makan.Darikan anak kecik sampailah kekita yang telah hampir nak senja ni.Berselera jer makan.Kalau nak pedas tambahkan cili api sikit.Kalau nak rasa masam-masam sikit, tambahkan jer perahan air asam limau.
Dimakan pulak dengan nasi panas.Nak ada rasa sayur sikit didalam sup tu, tambahkan ajer karet ataupun hirisan kobis.Itulah menu yang ringkas dan mudah.Kalau kerajinan bole laa ditambahkan dengan sambal belacan sebagai menu sampingan bersama ulam-ulaman.Yang penting berselera bila makan..Betul tak kawan-kawan...






Bahannya:


1 ekor ikan merah sederhana besar.dipotong dan dibersihkan.
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawabg putih diketuk
2 sudu besar serbuk rempah kurma
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum nunga lawang
3 ulas buah pelaga
sedikit garam @ perasa
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingan lain:


4 biji tomato dibelah 4
1 batang karet dihiris
beberapa biji cili padi dihiris
sedikit bawang goreng
sedikit hirisan daun sup
sedikit perahan limau kasturi untuk tambahkan rasa masam  (optional)


Cara:


1.    Panaskan minyak.Add bawang hiris dan bawang putih ketuk.Kacau sehingga naik bau.
2.   Addkan kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Kacau rata.
3.   Addkan rempah kurma.Tambah sedikit air supaya bahan tumisan tidak hangus.Kacau rata.
4.   Addkan ikan.kacau rata ikan perlahan-lahan supaya mesra dengan bahan tumisan.
5.   Bila bahan tumisan dah mesra tambah air.
6.   Masak sehingga kuah mendidih.Kemudian addkan karet.kacau perlahan dan rata.
7.   Bila kuah sup dah mendidih addkan tomato.
8.   Biar kuah sup mereneh seketika.kemudian tutup api.Addkan sedikit serbuk lada hitam.
9.   Sedia untuk dihidangkan dengan sedikit hirisan cili api serta sedikit perahan asam limau kasturi
      serta sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng.










Kalau nak rasa pedasnya patahkan cili api sedikit dan kalau suka pulak ada rasa masam pada kuah sup tu bole jer perahkan sedikit perahan linau kasturi..Umphh...pedas-pedas masam gitew...





  Okeyy.." slurpppp" enjoyyy
















8 comments:

  1. Assalam uj
    Sama la kita air kena catu
    Tp Alhamdulillah masih ok utk keperluan
    Hasil jimat he he
    Menyelerakan sup uj ni ikan merah sedap



    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sara..mmg btul..air kena jimatkan...2 ari catu ..2 ari lagi ada...=)

      Delete
  2. waduhhhhh sedap ni sup ikan merah....makan panas2 dngn sambal kicap....perghhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih yatie btul tu..kena pulak dgn sambal kicapkan...

      Delete
  3. saya x pernah lg dengar msk sup ikan guna rempah kurma,nanti2 nk try jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uj selalu klu wat sup mmg suka letak rempah kurma skit pengganti rempah sup...klu buat sup kambing lagi terangkat...mamak stail...

      Delete
  4. Assalam UJ...menu sht dan menyihatkan...slurppppp hirup kuah sampai licin..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam wana..hehe....sup jer....

    ReplyDelete