mytasteindonesia.com

Wednesday, 2 April 2014

IKAN TONGKOL GORENG BELADO







Assalamualaikum buat semua teman.
Menu yang ringkas jer buat tengahari ni .Uj buat sambal ikan tongkol jer.Ikan tongkol ni memang menjadi salah satu ikan peberat keluarga Uj.Memandangkan ikan ni mempunyai rasa yang unik, selain dari tu nak makannya pun senang sebab tulangnya tak banyak, tak seperti ikan parang.





Selain dibuat goreng belado,selalunya ikan tongkol ni Uj buat goreng kicap atau dibuat kari jer.Oklah marilah Uj nak kongsikan satu resepi yang ringkas,lain orang lain versinya.Betul tak.....






Bahannya:


1 ekor ikan tongkol disiang dan dibersihkan.
sedikit kunyit serbuk
Segenggam cili api ditumbuk sedikit lumat.
2 biji bawang besar dihiris kasar.
sedikit garam dan perasa (optional)
minyak untuk menggoreng ikan.


Caranya:

1.  Ikan tongkol yang telah dibersihkan digaulkan dengan sedikit garam serta sedikit kunyit serbuk.
     Ketepikan sebentar.
2.  Panaskan minyak didalam kuali.Bila minyak dah panas,gorenglah ikan sehingga agak garing.
     Angkat.
3.  Keluarkan sedikit minyak yang ada dialam kuali,dengan minyak yang masih berbaki, addkan cili
     api.Goreng sehingga cili api terbit minyak dan sambal sedikit garing.
4.  Bila sambal cili api dah sedikit garing , addkan sedikit garam dan perasa(optional)
5.  Addkan bawang besar.Kacau rata.
6.  Akhir sekali masukan ikan dan kacau sebati supaya ikan sebati dengan sambal.
7.  Bila semua bahan dah sebati angkat dan sedia untuk dihidangkan.   







 Ikan tongkol goreng belado ni  Uj gandingkan dengan masak lemak putih petola bersama soo hun.






       Okeyyy...selamat mencuba.










8 comments:

  1. saya suka ikan tongkol goreng...sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...samalah kita..sama kesukaan...

      Delete
  2. Assalam Uj,
    waduh sedap nya masakan ni..kalau guna ikan lain pun sedap juga kan..
    kita suka lauk kering2 macam ni..tak sedar bertamabh nasi 2-3 pinggan ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tkasih ayu...yelah ayu....badan pun mkin tembab kan...

      Delete
  3. Assalam
    Goreng berlado memang best ni
    Cukuplah kalu ada lauk ni blh habis sepinggan nasi

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sara....klu ade lauk cenggini...satu menu pn dh ckup kan sara....

    ReplyDelete