mytasteindonesia.com

Tuesday, 1 April 2014

LEMAK PEDAS CENCARU DGN CILI BESAR







Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman...
Lama jugak Uj tinggal kan dapur Uj ni.Ermm biasalahkan, masa yang terlalu terhad ni menyebabkan Uj tiada masa nak menjenguk dapur Uj ni.Celik mata jer, terkejar kesana..terkejar kesini ...Tup..tup ari dah jer malam dah nak tutup mata pulak balik.





Ni pun Uj curik sedikit masa Uj sekejap nak menjenguk dapur Uj ni...Oklah,tak mo celoteh panjang-panjang hehe.Arini Uj masak lemak pedas ikan cencaru bersama cili besar untuk menu tengahari Uj.Lemak cili api yang pekat dan pedas ni ditambah pulak dengan rasa masam asam keping tu memang kesukaan mr hubby...Yelah cara maknya masak yang sememang orang nismilan sejati...Jom lah jamu mata yer....



Bahannya:

4 ekor ikan cencaru dibuang jaket dibersihkan.
Segenggam cili api *
1 inci kunyit hidup*
santan dari sebiji kelapa
4 keping asam keping
sedikit garam
6 tangkai cili besar dibelah 2


Cara:

1.     Ikan cencaru disiang, basuh bersih dan toskan airnya.
2.     Tumbuk lumat kunyit hidup dengan cili api.Ketepikan.
3.     Masukan ikan kedalam periuk.Addkan bahan tumbuk,sedikit garam serta asam keping.
        Gaul rata kesemua bahan.Biar ikan mesra bersama semua bahan.
4.     Addkan pula santan.Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.
5.     Addkan juga cili besar tadi.Masak diatas api yang sederhana.
6.     Gulai hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
7.     Biarkan gulai mendidih perlahan-lahan.
8.     Jika perlu addkan sedikit garam lagi.
9.     Biarkan kuah memekat sendiri.bila kuah dah memekat,tutup api dan bolehlah dihidangkan.







Cara orang nismilan masak lemak pedas ciliapi..ialah terasa pedasnya, terasa asam garamnya dan kuahnya agak pekat.Bila kuah digaulkan bersama nasi..kuahnya melekat pada nasi...tu.......
Lagi satu sanatannya sentiasa dikacau perlahan supaya santannya tak pecah minyak...kengkadang tu bila nak cepat kejar masa,Uj fail jugak. hehe...






         Okeyyy...enjoyyy..








No comments:

Post a Comment