mytasteindonesia.com

Friday, 25 April 2014

PUDING KASTARD JAGUNG








Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua teman.
Teringin sangatlah Uj ni nak makan puding jagung.Uj pun cubalah buat blogwalking kat dapur kengkawan, kerana teringin  rasanya nak  mencuba  resepi puding jagung dari kengkawan pulak.








Carik punya carik terjumpa resepinya didapur madihaA.Uj pun terus salin resepi.Selongkar stok simpanan,semua bahan yang diperlukan memang  ada tersimpan.UJ pun mulalah memuding.Memang sedap resepi puding jagung dari MadihaA ni.Manisnya pula bagi Uj sedang-sedang jer.Seimbang rasa lemak-lemak susu serta jagungnya.Strukturnya juga lembut bila dipegang.
Terima kasih kepada Puan madihaA diatas kesudian berkongsi resepi.Izinkan Uj panjang-panjangkan resepinya disini yer....



PUDING KASTARD JAGUNG

Resepi: Ana Elianas
Sumber:  MadihaA aka Ratna


Bahannya:

1 tin jagung creamy
1 tin susu cair lagi sedap guna susu (ideal)
11/2 cwn gula pasir ( bole kurangkan jika tak suka manis)
11/2 cwn tepung kastard
3 cwn air


Cara:

1.   Satukan tepung kastard dengan air sehingga sebati.Kemudian masukan bahan-bahan yang lain.
      Kacau rata.
2.   Masak puding diatas api yang kecil sehingga pekat dan kental.
3.   Bila puding dah mula berkilat dan kental masukan lah kedalam acuan atau pun loyang.
4.   Sejukan dulu sebelum dipotong.



 







6 comments:

  1. em, sedapnya nampak puding kastad jagung tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puding jagung ni mmg peberet Uj dri kecik ni wana....

      Delete
  2. assalam uj
    sedapnya, lama x makan puding jagung gini
    sejuk2 sedsp layan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sara...resepi dri MadihaA ni mmg sedap Sara...lembut jer...

      Delete
  3. Assalam Ummie Jazz
    sedap nampak puding jagung tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ayu terima kasih ayu...Uj cuma pjg2kan jer resepi dri puan Madihaa ni....=)

      Delete