mytasteindonesia.com

Tuesday, 8 April 2014

PUDING KEREMEL TANPA TELUR....






Assalamulaikum...salam sejahtera buat semua teman..harini Uj nak kongsikan satu resepi puding iaitu puding keremel tanpa telur.Kalau sebut jer puding keremel pasti dah terbayang kan  telur, telur dan telur .
Kalau tak betul cara membuatnya maka..terasalah " ketelurannya"...hehe.Tak gitew......






Maka dengan itu kembang kuncuplah lubang hidung dan terasa kembanglah tekak bila nak kita cuba nak menelannyakan...
Ok kali ni puding keremel ni  tak menggunakan telur.Telur yang menjadi bahan utamanya telah digantikan dengan agar-agar..Namun begitu masih lagi terasa kesedapannya.
Oklah , jika berminat bolehlah mencuba.
Sumber resepi Uj intai dari dapur  Lina pg.Terima kasih Lina..memang sedap.Izinkan Uj kongsikan resepinya disini  yer...






RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
By : Lina pg
Sumber asal : myR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)


  • 4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.








 Sedap......
 Lagi sedap jika dimakan selepas dikeluarkan dari peti sejuk...nyaman di tekak....







          Okeyy selamat mencuba....











7 comments:

  1. alamak!tergoda i kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terguda ke myda...bolelah cuba yer...

      Delete
  2. Yummy, mengodanya
    Kita pun baru wat puding ni tapi yg bertelur he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sara x kita laa kan...janji puding keremel...hehe...

      Delete
  3. Assalam UJ, sedap kan puding karamel ni..tak yah susah bakar ke kukus bagai..main kacau2 ajer n tuang heheee

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Lina..mmg sedap lah Lina..wat blogwalking kt dapur Lina terus terguda..tulah senang x yah kukus bagai...heheh taksih yer..

    ReplyDelete