mytasteindonesia.com

Friday, 4 April 2014

SUP KAMBING BERKENTANG BEREMPAH KURMA







Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat semua teman dan salam penghulu segala hari.Marilah kita perbanyakan salawat keatas nabi junjungan kita S.A.W...





Sup daging kambing berempah kurma menu tengahari Uj arini.Menu ni ala-ala sup mamak versi Uj lah.Selalunya sup mamak ni pekat.Tapi bagi Uj ,Uj kurangkan penggunaan serbuk rempah kurmanya sebab tak mo terasa muak pulak bila menghirupnya nanti.Untuk menaikkan lagi rasa manis pada kuah sup ni Uj gandingkan dengan belahan kentang serta hirisan lobak merah...Ok jom lah jeling-jeling manja kat Sup kambing Uj ni...



Bahannya:


1 kilo daging kambing bercampur dgn tulangnya sekali ( mutton)
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih diketuk kemudian dihiris
2 inci halia dihiris
3 sdu besar serbuk rempah kurma
1 batang kulit kayu manis
3kuntum bunga lawang
sedikit serbuk lada hitam
3 ulas buah pelaga
sedikit garam serta perasa
1 mangkuk air
sedikit minyak utk menumis
1/2 batang karet dihiris serong
4 biji kentang dibelah 4


Caranya:

1.    Daging kambing dipotong dibasuh bersih kemudian ditoskan airnya.
2.    Panaskan periuk,addkan sedikit minyak.
3.    Bila minyak dah panas,addkan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis,buah pelaga serta
       bunga lawang.Masak sehingga bawang layu dan naik bau.
4.    Bila bahan tumis dah naik bau addkan serbuk rempah kurma.Addkan sedikit air supaya serbuk
       rempah kurma tidak hangus.Kacau rata.
5.    Bila bahan tumis dah sebati,addkan daging kambing tadi.Kacau rata.Tutup sebentar periuk
       dengan penutup periuk.Biar daging mereneh sendiri dan daging mengeluarkan airnya.
6.    Bila daging dah mula mereneh,addkan air.Kacau rata lagi.Biar daging kambing menjadi empuk.
7.    Bila daging dah mula empuk addkan kentang.Kacau rata.Addkan lobak merah yang telah dihiris.
8.    Bila daging dah empuk,perasakan dengan garam serta perasa.kacau rata.Tutup api dan taburkan
        serbuk lada hitam.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.






   Sup kambing ni Uj gandingkan dengan nasi goreng kampung...






                Okeyy...enjoyy..










1 comment:

  1. waa..sedapnya dapat makan sup hujan2 ni..slurpp..slurppp...slurppp

    ReplyDelete