mytasteindonesia.com

Sunday, 11 May 2014

SAMBAL TERUNG TUMIS DARAT






Assalamualaikum...
Salam ceria buat semua teman....Aduh,semenjak dua menjak ni susah betul Uj nak upload gambar.Line internet di area rumah Uj semput memanjang.Rasanya laju lagilah siput berjalan.Disebabkan tu jugaklah Uj dah lama tak berkongsi resepi.Ni pun digagahkan jugak untuk menguploadnya..walaupun kengkadang mengambil masa berjam-jam nak upload satu gambar.Pastu kekejap line putus...bile dah dapat upload tak leh nak save dan  publish pulak..Adeh....Tension betul..Tapi sabar jerlah kan....
Oklah ni Uj nak kongsikan satu hidangan yang ringkas, namun dapat membangkitkan selera.Digandingkan pulak dengan ikan goreng kosong ataupun ikan masin goreng.Apatah lagi kalau dimakan bersama nasi panas..Fuhh maunya berkipas lepas makan kan...






Menu Uj tengahari ni tadi sambal terung .Uj buat tumis darat jer sambal terung tu.Terung tu jiran Uj yang bagi.Terung segar dari ladang lagi.Terungnya pun cantik.Comel-comel jer..tulah teruja sangat Uj nak buat sambal tumis darat tu.
Okey arini menu tengahari Uj ringkas jer.Tapi bertambah-tambah kami sekeluarga makan....Jomlah intai-intai hidangan tengahari Uj yang tak seberapa ni.




Bahannya:

7 biji terung ungu dibelah 2
sedikit garam
secubit serbuk kunyit
sedikit perasa @ gula  (optional)





Bahan kisar:

3 tangkai cili besar
2 sudu besar udang kering direndam kemudian ditoskan airnya
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 ulas kiub ikan bilis


Cara:

1.  Gaul rata terung yang telah dibelah dua dengan sedikit garam serta serbuk kunyit .Ketepikan.
2.  Panaskan minyak.Bila minyak dah panas goreng terung sehingga sedikit layu.Angkat dan tos
     minyaknya.
3.  Dengan minyak yang masih berbaki.Addkan bahan kisar.Goreng sehingga semua bahan tumisan
     pecah minyak.
4.  Bila bahan tumisan dah pecah minyak addkan sedikit garam ,perasa atau sedikit gula.
5.  Gaul rata semua bahan dan tuangkan diatas terung yang  telah digoreng tadi.
6.  Sedia untuk dihidangkan.







  Okey...silakan mencuba....

  



2 comments:

  1. salam kak uj..

    em, sedapnya..sya memang suka makan sambal terung ni..layan abis la..heheh..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wana..sesama lah kita layan ek sambal terung ni..pastu sambalnya tu kita gaulkan dgn nasik...yumyum...

    ReplyDelete