mytasteindonesia.com

Friday, 20 June 2014

RENDANG PEDAS BEREMPAH SECUITRASA








Assalamualaikum buat semua teman...
Salam jumaat dan salam penghulu segala hari...perbanyakanlah salawat ke atas nabi junjungan kita SAW..semoga kita berharap mendapat syufaat dari baginda kelak...
Selamat menunaikan solat jumaat bagi kaum adam..






Dah makan ker...apa menu tengahari ni....Hari ni Uj ada mood terajin sikit..Rajin nak buat rendang untuk santapan keluarga...
Masa pun tak mengizinkan untuk Uj berceloteh panjang..apa kata bagi mereka yang ingin mencuba bolehlah mencubanya yer dan Uj sertakan sekali resepinya yer....










BAHANNYA:

1  kilo daging btg pinang
1  btg kulit kayu manis
3  kuntum bunga lawang
3  ulas buah pelaga
2  sudu bsr rempah kari
3/4 cwn kerisik
7  btg serai dihiris halus dan diramas-ramas sedikit.
    santan dari 2 biji kelapa
    garam dan perasa (sedikit hirisan gula melaka)
    myk utk menumis
    sedikit air utk mengempukan daging



Bahan kisar A:*

1 biji bwg bsr*
10 ulas bwg kecil*
7 ulas bwg putih*
3 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
  segenggam cili api* ( ikut tahap kepedasan)
7 btg serai *
3 helai daun limau purut dibunag urat tengahnya


Bahan B  ( digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kering )



1/4 cwn jintan manis#
1/4 cwn jintan putih#
1/4 cwn ketumbar#
1/2  sdu bsr lada hitam #

Cara:

1. Potong daging , basuh bersih dan toskn airnya
2. Goreng bahan kisar B tanpa myk sehingga naik bau dan kisar kering.Ketepikan.
3. Kisar  bahan kisar A  *.Ketepikan
4. Panaskn myk add bahan kisar A *.Addkan juga kulit kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga
    Addkan juga serbuk rempah kari.Kacau rata sehingga naik bau dan terbit minyak.
5. Bila dah terbit myk, addkn daging kacau biar daging empuk.( klu x empuk bole tambah air sedikit)
6. Bila daging dah agak2 empuk add kan santan.Kacau selalu sehingga kedasar supaya x hangus .
7. Biar santan memekat dgn api yg perlahan.Kacau sentiasa.
8. Bila rendang dah memekat addkn garam,gula melaka  serta  perasa (optional),serai yg telah dihiris
    Addkan sekali daun limau purut.Akhir sekali addkan kerisik.Kacau rata.Bila kuah rendang dah
    mula kering dan rendang dah mula terbit minyak.Kacau rata dan tutup apinya.
 9. Sedia utk dihidangkan...sedap dimakan bersama nasi yang panas.




Kalau rajin bole gak dimakan bersama ketupat segera....





                            Okeyy....







10 comments:

  1. Replies
    1. sesekali merendang mmg membuka selera haslinda...=)

      Delete
  2. salam kak uj..

    sedap nampak rendang tu..lama x makan rendang ni..

    ReplyDelete
  3. salam wana...apa lgi bolehlah merendang tu wana...hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak rendang UJ ni. Mama tak berapa nak pandai buat rendang sampai jadi cantik cam ni. Nak kena terus practise gamaknya...

    ReplyDelete
  5. Salam mamafami..terima kasih mama...resepi rendang turun temurun ni mama..=)

    ReplyDelete
  6. Assalam umie
    Sedappp cicah dgn pulut@ketupat
    Hihii nk sambut puasa blh wat rendang kan
    Utk sahur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sara..btul tu sara..laju jer makan kan...lgi sedap klu yg berkuas sikit tu...=)

      Delete
  7. klu wat rendang tringt time raya kn..zila klu x raya pun mmg suka wt rendg

    ReplyDelete
  8. btul tu zila.sama lah kita.laju jer makan kan...;)

    ReplyDelete