mytasteindonesia.com

Thursday, 5 June 2014

SAMBAL MERAH IKAN KERISI




 

Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat semua teman....
Lama gak Uj tak menjenguk ke dapur Uj ni.Disebabkan kesibukan tugas harian yang tak dapat nak dielakan dan keadaan masa yang tak mengizinkan..maka sunyi sepilah dapur Uj ni buat sementara waktu...





Kata orang dari tak de biarlah ada.Makanya diatas kesempatan masa yang sedikit ni Uj curik-curik masa jugak untuk berkongsi resepi harian Uj..
Menunya biasa-biasa aje.Selalunya menu-menu sebegini adalah dari resepi keluarga...Oklah jom Uj kongsikan resepinya yang tak seberapa ni.....








Bahannya:


4 ekor ikan kerisi dibersihkan dan dipotong dua.
Segenggam cili kering dikisar jangan sampai lumat
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
Sedikit perasa(optional)
1 biji bawang besar dihiris kasar
minyak untuk menumis


Caranya:


1.   Ikan digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.Ketepikan.
2.   Panaskan minyak.Goreng ikan sehingga sedikit garing.Angkat ketepikan.
3.   Dengan minyak yang masih berbaki goreng cili kering yang telah dikisar sehingga garing.
4.   Bila dah garing addkan garam serta perasa.Gaul rata,addkan pula bawang besar yang telah dihiris.
5.   Kacau rata kesemua bahan .Akhir sekali addkan ikan gaul sebati ikan bersama semua bahan.
6.   Siap utuk dihidangkan.....






Uj gandingkan sambal merah ikan kerisi ni dengan masak asam rebus bendi...












Okey..selamat menjamu mata...






2 comments:

  1. biasa ikan kerisi goreng je.. huhuhu.. nak try for dinner.. :)

    ReplyDelete