mytasteindonesia.com

Wednesday, 9 July 2014

ASAM PEDAS PARI DAUN LIMAU PURUT BERKERISIK








Assalamualaikum...
Salam sayang buat semua teman Uj...
Salam sejahtera jua buat semua...Puasa tak arini...hishhh mestilah puasakan...Okeylah apa menu kengkawan untuk juadah berbuka arini..???.







Seperti biasalah Uj kalau berbuka tu lebih suka makan nasi dari makan kuih muih.Tak taulah kenapa.En.Hubby Uj pun cam tu gak..Kalau buat kuih memang tak jalan..Kuih pun kalau ada pun hasil pemberian dari jiran-jiran...Sebagai balasannya Uj isikan lauk pauk jer buat mereka.Cuma kalau  buat pun sekali sekala jer..mana yang teragak jer...
Okeylah takmo celoteh panjang-panjang.Memandangkan masa yang amat terhad ni Uj kongsikan lauk berbuka puasa kami sekeluarga arini iaitu asam pedas ikan pari daun limau purut berkerisik.mak aii panjangkan...ok jom tinjau resepi....



Bahannya:

8 potong ikan pari dibersihkan dengan perahan limau kasturi dan ditoskan
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
garam serta sedikit perasa( optional)
sedikit minyak untuk menumis
2 biji terung panjang dibelah 2 dan dipotong
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut
1 sudu besar kerisik
sedikit air perahan asam jawa( Uj guna pes asam jawa adabi)
Air untuk dijadikan kuah ( klu nak pekat letak sedikit jer.kalau nak kuah yg banyak addkan lebih)

Bahan kisar

Segenggam cili kering
sedikit belacan
1 helai daun limau purut dibuang urat tengahnya
1 inci halia
sedikit lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih


Caranya:

1.      Panaskan minyak addkan biji sawi,halba dan serai yang telah diketuk.Addkan bahan kisar.
         Masak sehingga naik bau dan terbit minyak.
2.      Bila bahan tumisan dah terbit minyak addkan air asam jawa.kacau rata addkan ikan pari tadi.
3.      Gaul mesra ikan bersama bahan tumisan tadi.
4.      Bila dah serata addkan air.Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
5.      Bila kuah dah mendidih addkan terung yang telah dipotong tadi serta daun limau purut.
6.      Bila kuah dah terbit minyak addkan kerisik ,garam,serta sedikit perasa.Gaul rata.
7.      Biarkan kuah mendidih seketika...kemudian tutup api dan boleh lah dihidangkan...







Untuk lebih kick lagi sebelum dihidangkan taburkan sedikit serbuk lada hitam...
Asam pedas ni sedap dimakan panas-panas..dapat pulak dihirup kuahnya...
Tapi hati hati bila menghirup..takuatiri tersedak pulak....




                     Okey...Enjoy...







6 comments:

  1. minggu lepas mel pun baru buat asam pedas tapi guna kembung je. pari lamaaa dah tak jumpa. kalau dapat pari lagi sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mel nnti bole ler cuba ikan pari pulak yer...sedap tau..;)

      Delete
  2. Menarik xpernah try lg guna kerisik... :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih Adda...cuba lah yer....

      Delete