mytasteindonesia.com

Saturday, 19 July 2014

GULAI PEDAS CENCARU BERSAMA JANTUNG PISANG









Assalamualaikum...Salam ramadan dan selamat berpuasa buat semua teman-teman yang Uj sayangi...Kita telah hampir kepenghujung Ramadan..Tip top tip top begitu pantas masa berlalu kan..Marilah kita berdoa bersama-sama agar ramadan ini bukan lah ramadan yang terakhir buat kita..Di harapkan semoga kita masih bertemu lagi diramadan yang akan datang...amin....





Okeylah menu Uj  berbuka puasa petang nanti untuk dimakan bersama nasi putih ialah lemak pedas cencaru bersama jantung pisang.Gandingannya sambal tumis ikan bilis bersama petai serta kangking goreng tauchu....





Bahannya:

4 ekor ikan cencaru dibuang jaket dibersihkan.
Segenggam cili api *
1 inci kunyit hidup*
santan dari sebiji kelapa
4 keping asam keping
1 biji jantung pisang yang telah dibuang kulit kerasnya dan dibelah 4
sedikit garam


Cara:

1.     Ikan cencaru disiang, basuh bersih dan toskan airnya.Jantung pisang yang telah dibelah 4
        direndam dgn sedikit air garam agar jantung pisang itu tidak bertukar warna menjadi gelap
2.     Tumbuk lumat kunyit hidup dengan cili api.Ketepikan.
3.     Addkan ikan kedalam periuk bersama jantung pisang yang telah ditoskan airnya.Addkan bahan 
        tumbuk kedalam periuk juga berserta sedikit garam serta asam keping.
        Gaul rata kesemua bahan.Biar ikan mesra bersama kesemua bahan.
4.     Addkan pula santan.Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.
5.     Masak diatas api yang sederhana.
6.     Gulai hendaklah dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
7.     Biarkan gulai mendidih perlahan-lahan.
8.     Jika perlu addkan sedikit garam lagi.
9.     Biarkan kuah memekat sendiri.Bila kuah dah memekat,tutup api dan bolehlah dihidangkan.







     UJ gandingkan bersama sambal tumis ikan bilis bersama petai dan kangkung goreng tauchu









          Okey...selamat berbuka....









1 comment: