mytasteindonesia.com

Tuesday, 1 July 2014

GULAI TELUR ITIK BERSAMA HIRISAN DAUN KUNYIT









Assalamualaikum..selamat berpuasa buat semua teman-teman yang Uj hormati..
Apa juadah berbuka puasa untuk hari ni ??....
Menu untuk berbuka puasa Uj hari ini ialah gulai telur itik bersama hirisan daun kunyit.Telur itik ni hasil pemberian dari Mil Uj .Uj gandingkan gulai telur itik ni dengan masin sepat goreng belado..Alhamdulillah rezeki yang diberi Allah untuk berbuka harini...






Bahan:




10 biji telur itik
1/4 cwn cili api*
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang kecil*
segenggam ikan bilis*
santan dari sebiji kelapa
3 keping asam keping
sedikit garam
3 helai daun kunyit dihiris kasar
3 btg serai diketuk


Cara


1. Tumbuk bahan bertanda sehingga lumat.Ketepikan
2. Dalam periuk add bahan tumbuk,asam keping,serai ketuk,serta santan dan sedikit garam.
3. Masak diatas api yang sederhana dan kacau selalu  supaya santan tak  pecah minyak
4. Bila santan dah mendidih dan mula memekat masukan telur itik tadi,satu persatu.Biarkan
    telur tu mengeras sedikit,kemudian barulah dikacau perlahan-lahan.Jika dikacau selalu
    dikuatiri telur itik tu akan pecah  dan tidak akan menjadi sebiji-sebiji.
5. Bila kuah dah agak memekat addkn daun  kunyit yg telah dihiris tadi serta perasakan dengan
    sedikit garam lagi.Biarkan kuah mereneh sebentar.
6. Bila kuah dah memekat,tutup api dan sedia untuk dihidangkan......




Gulai telur itik ini Uj gandingkan dengan sepat masin goreng belado...








  Wangi jer bau gulainya jika didiletakan hirisan daun kunyit...




           Okeyyy...enjoy....












9 comments:

  1. Adeeehhh... menggodanya telur itik masak gulai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih amie.menu peberet en somi Uj ni...=)

      Delete
  2. Salam Uj.. waaahh.. sedapnyer.. lamaa sgt xmkn gulai telur itik. susah nk dpt telur itik fresh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tun..telur itik ni pemberian mak mertua Uj ni...dh lala gak Uj usha telur itik ni.sbbnya telur itik ni tak rasa hanyir dan mak mertua Uj bagi makan serkam padi....

      Delete
  3. wahhh kak uj, masak lemak digandingkan dengan berlado, memang kena sangat tu. Mel teringin nak makan telur itik tapi sini susah nak cari pengusaha melayu yang jual. Nak buat sendiri pun tak jumpa telur itiknya..kita jamu mata je tengok kat blog orang.uhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mel btul tu mmg susah nak dptkan telur itik ni.ni pun Uj dpt dari mak mertua Uj yang secara kebetulan ada membela itik sendiri...=)

      Delete
  4. Ya ampun... dua lauk ni je dah cukup buat mama ngences!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai cayang mama..mai sini Uj nak lap kan air liur tu ;)...

      Delete