mytasteindonesia.com

Monday, 21 July 2014

SAMBAL CUMI DENGAN PETAI






Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman...
Salam ceria,salam ramadan serta selamat berpuasa juga Uj ucapkan kepada semua teman-teman yang Uj sayangi....
Minggu ini adalah minggu yang terakhir kita berpuasa, sebelum kita menyambut hariraya.Terasa sayu jer hati ni bila ramadan sampai kepenghujungnya.Diminggu yang terakhir ini marilah kita melipat gandakan amal ibadat kita semoga kita semua bertemu malam lailatulqadar....




Ok jom kita beralih ke menu pula yer..Hari ni menu Uj untuk berbuka puasa ,Uj buat sambal sotong atau  cumi yang digandingkan dengan petai.Jom kita jamu mata dengan resepi sambal cumi dengan petai Uj ni versi...








Bahannya:

1/2 kilo sotong dibersihkan
sedikit kunyit serbuk
2 papan petai diambil isinya
segenggam cili kering dikisar
sedikit belacan dikisar bersama cili kering.
1 biji bwg besar dihiris kasar
sedikit air asam jawa( uj guna paste adabi)
sedikit garam ,gula serta perasa(optional)
Sedikit myk utk menumis.



Cara:


1.      Siang sotong ,bersihkan,basuh dan tos airnya.
2.      Gaulkan sotong dgn sedikit kunyit serbuk serta sedikit garam.Gaul rata dan ketepikan.
3.      Panaskan myk.Addkan sotong .Goreng sebentar kemudian angkat.
4.      Dengan myk yang berbaki goreng cili kering yg tlh dikisar tadi.Masak sehingga pecah myk.
5.      Bila dah pecah myk ,addkan air asam jawa.Kacau rata kemudian addkan sotong kacau rata.
6.      Addkan pula bwg bsr yg tlh dihiris tadi.Addkan garam gula atau perasa.Kacau rata.
7.      Bila semua bahan dah serata angkat dan bolehlah dihidangkan.








Jom jamu mata....







Sambal cumi ni Uj gandingkan dengan kangkung goreng belacan dan kobis masak lemak....











Hari ni juga Uj membuat karipap atas permintaan En.suami...Intinya ikan bilis,kentang dan daging...
Karipap ni dah nak berbuka nanti barulah digoreng.Sedap kalau makan karipap ni panas-panas...







             Okeyy...enjoyyy..













2 comments:

  1. assalam kak uj. merah sambal tu menggoda betull.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam mel...merah sgtlah mkngah..hehe..;)

    ReplyDelete