mytasteindonesia.com

Saturday, 5 July 2014

TELUR ITIK GULAI BEREMPAH





Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat Uj yang Uj sayangi....Tak lupa juga Uj nak ucapkan selamat berpuasa bagi mereka yang berpose...hehe







Oklah harap-harap jangan jemu ek kengkawan..Uj nak masak telur itik lagi...Kali ni Uj buat masak berempah pulak.Malas nak simpan telur itik ni lama-lama.Takut-takut menapos pulak telur itik ni nanti.Makanya Uj ambil keputusan untuk memasaknya dengan segera.Lagi pun hasil pemberian mak mertua ni tak ternilai harganya.Betul tak kengkawan.Biarpun telur itik sebutir...Uj amat -amat hargai...Takder mak tak dapatlah anaknya.Tak gitew.. ngeh..ngeh.Ok tutup story.Jom kita ke resepi...



Bahannya:

6 biji telur itik dibasuh bersih kulitnya
2 sudu besar rempah kari ikan babas
2 sudu besar rempah kari daging babas
5 ulas bawang kecil*( dikisar)
Segenggam ikan bilis*(dikisar)
10 ulas cili api dihirisatau diketuk (kalau suka rasa  pedas)
3 ulas bwang putih dihiris
1 inci halia dihiris
4 tangkai daun kari
2 batang serai diketuk
sedikit air asam jawa( uj guna pes asam jawa adabi)
santan yang sederhana pekat dari sebiji kelapa
sedikit garam sedikit perasa (pilihan)


Cara:

1.  Satukan semua bahan kedalam periuk.Kecuali pes asam jawa dan telur itik
2.  Masak kuah diatas api yang sederhana dan dikacau selalu.Addkan pes asam jawa.Kacau rata.
3.  Bila kuah dah mereneh,pecahkan telur itik satu persatu dengan perlahan.
4.  Biarkan telur itik masak dengan sendirinya.Kemudian barulah dikacau perlahan-lahan sehingga
     kedasar periuk.
5.  Bila santan dah mula memekat dan telur itik dah kelihatan sebutir-sebutir,tutup api.
6.  Sedia untuk dihidangkan..







   Okeyyy...selamat memasak..








14 comments:

  1. Wah.. Menarik... X pnh mkn lagi telur itik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih maria...bagi penggemar telur itik kata...sedap...hehe..

      Delete
  2. Cantik kejadian gulai itik tu Umie... saya pun banyak telur itik, tapi tak tau nak masak apa selain goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih amie...Uj tak penah pulak telur itik digoreng.InsyaAllah Uj akan cuba menggoreng nya pulak lenkali...

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih myda..kalau adda penggemar telur itik bole la cuba;)

      Delete
  4. Salam,
    Tak pernah lagi makan telur itik resipi begini. Biasanya buat masak lemak je..boleh pelbagai resipilah lepas ni. TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam teratai nnti bole cube yer...;)

      Delete
  5. nampak mcm sedap...x pernah try lg

    ReplyDelete
  6. betul2.. xde mak xdpt anak, jd mmg perlu hargai mak mertua. hihi...
    tun kalau nk dpt telur itik fresh kene balik kg umah mak sedara kat kelate nun. dia ada bela itik.. tp puasa2 ni nk travel blk kg pon xlarat. duk kg sendiri je la..

    ReplyDelete
  7. Btul tu tun...jika kita berjiran bole jer Uj bagi telur itik freshh...;)

    ReplyDelete
  8. wahhh...nampak macam rendang..sedapnya..terliur pula pose2 ni..astaghfirullah ^^

    ReplyDelete