mytasteindonesia.com

Saturday, 23 August 2014

ASAM PEDAS DAUN KARI BEREMPAH








Assalamualaikum....
Salam sejahtera dan salam ceria buat semua teman-teman Uj...Disebabkan kesibukan yang teramat sangat,dah lama gak Uj tak berkongsi menu.Oklah..menu Uj untuk tengahari dengan cuaca yang mendung sepoi-sepoi bahasa ni ialah Asam pedas daun kari berempah.Gandingannya telur dadar dan  taugeh goreng bersama tauhu.






Semenjak dua menjak ni hujan turun mencurah-curah,dan menyuburkan lagi pokok daun kari Uj yang Uj tanam didalam pasu.Oleh kerana teruja sangat nak masak daun kari,makanya Uj buat asam pedas daun kari berempah.
Okeylah jom layan.....dapatlah hirup kuahnya yang cair-cair sikit gitew..ermmmm










BAHANNYA:

2 ekor ikan cencaru dibersihkan dan dipotong kpd 3 bahagian.( apa jenis pun bole..)
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 tangkai daun kari.
Segenggam cili kering*
1 biji bwg bsr*
3 ulas bwg putih*
sedikit belacan*
1/2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit air ( terpulang nak byk ker sikit)
sedikit air asam jawa ( Uj guna pes adabi)
sedikit garam dan perasa( optional)
sedikit myk untuk menumis


Bahan sampingan:

7 tangkai bendi



CARA:


1.     Bersihkan ikan perap dgn sedikit asam limau.Basuh bersih dan toskan.
2.     Kisar lumat bahan bertanda*
3.     Panaskan myk.Add kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.
4.     Kemudian addkan bahan kisar masak sehingga naik bau.Addkan pula daun kari.Kacau rata.
5.     Masak sehingga terbit myk.Bila dah terbit myk, addkan air asam jawa.Kacau rata.
6.     Addkan ikan.Kacau perlahan-lahan.Biarkan ikan sebati dgn bahan tumisan.Biar seketika.
7.     Bila ikan dah sebati dgn bahan tumisan, addkan air.Airnya ikut kesesuaian.Jika mahu kuah yang
        pekat addkan sedikit sahaja air.Jika mahu kuah yang cair addkan lebih air.Kacau rata.
8.     Biarkan kuah mereneh dan memekat seketika.Bila kuah dah agak memekat, addkan garam serta
        perasa.Kacau rata.Addkan bendi serta serbuk lada hitam.
9.     Kacau rata kemudian padam api. Siap untuk dihidangkan...panas-panas....


Masukan nasik panas ke dalam pinggan.Amik kuah asam pedas ala-ala kuah mee sup,add seketui ikan serta bendi...gaul sarata..makan stail  mee sup.." slrup"...Guna sudu dan garfu...mabless






       Okey...slurp..slurp...Enjoy...





6 comments:

  1. Wahhh kak uj, mel bru cadang nk wat asam pedas esok. Xyh google resepi lain la, copy hat ni je ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mel cyg..cuba laa..byk versi asam pedas ni.tpi klu dh namaya asam pedas mmg peberet Uj...heheh...

      Delete
  2. salam kak uj..

    fuh, memang sedap kalau dapat makan asam pedas ni..peberet sangat2

    ReplyDelete
  3. pehhhhhh! cara makan kita tu samalah Uj.. cuma akak tak pnah lagi cuba masuk daun kari dalam asam pedas, haruslah wangi gitu kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK...klu asam pedas add daun kari ader aroma daun kari dalam asam pedas ni....di pelbagaikan SK cyg....;)

      Delete