mytasteindonesia.com

Wednesday, 27 August 2014

KAMBING PANGGANG BERSAMA KENTANG PUTAR





Assalamualaikum.....
Salam ceria buat semua teman dan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat khamis hari ini...




Semalam  atas permintaan En.hubby dah lama tak makan lamb chop katanya.Makanya, kami pun pergilah mencari dan beli daging lamb Australia serta bahan-bahan perapan di supermarker giant.Alhamdulillah..ada pulak beliau tu.
Malam tadi, Uj pun mulalah memanggang daging kambing yang telah diperap bersama bahan perapan.
Nak senang kerja ,Uj panggang dalam oven jer...Oven Uj pun dah lama tidur.Maka malam tadi terperanjat beruklah oven tu bila tetiba lak nak panggang kambing hehe...



Kerja pun tak renyah, Uj cuma beli sos BBQ jenama Heinz yang perasa hikory smoke.Memang berbaloi-baloi..x sedar Uj termakan 2 keping daging kambing panggang tu..
Oleh kerana kambing punya pasal makanya tak dapat lah Uj nak mendeko-deko bagai meja tu. Sebabnya masing-masing dah meleleh airliur berdiri keliling meja..Uj snap ajelah apa yang sempat..En.Hubby pun asik lalu lalang tepi meja tu..Maaflah kalau-kalau terrr... enterprem kain pelekatnya ekkk.Kali ni Uj gandingkan kambing panggang ni dengan kentang lecek bersama sos nya..Ala yang ala-ala KFC tu...




Inilah kentang lecek ala-ala KFC tu....


 Okey jom jamu mata..tak berkenan ker .....

Untuk resepi kentang putar dan sos ala KFC resepinya disini..Yang selalu juga Uj buat...





Resepi untuk kambing panggang:

Bahannya:

6 keping daging kambing( Australia lamb )
1/2 cwn  Heinz BBQ sause hikory smoke
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
2 batang lobak merah yang dibelah 4.
Sedikit mentega untuk sapuan ke dalam loyang pembakar.

Caranya:

1.  Bersihkan kepingan daging kambing.Lap kering dengan tisu towel.
2.  Satukan dalam satu bekas sause BBQ dengan serbuk oregano.Kacau rata.
3.  Sapukan keatas kepingan kambing.Serata yang mungkin.
4.  Peraplah lebihkurang dalam 4 jam.Lagi lama lagi sedap.
5.  Panaskan oven 250 degree terlebih dahulu selama 10 minit.
6.  Sapu loyang dengan sedikit mentega dan atur lobak merah yang telah dibelah 4.
7.  Letakkan daging kambing yang telah diperap tadi diatas lobak merah tadi.Taburkan dengan
     sedikit serbuk lada hitam.
8.  Bakar selama 1/2 jam atau sehingga daging kambing masak seperti yang diingini..





Gandingan yang mantop...Cer cuba...berbaloi-baloi...





Okey selamat memanggang...








2 comments:

  1. wah sedappppp nya Umiee mcm nak makan dua tiga keping je kambing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih knoor...krn sudi singgah kedapur Uj yg tak seberapa ni...samalah kita knoor.kalau bab kambing ni mmg x penah menolak.....

      Delete