mytasteindonesia.com

Tuesday, 9 September 2014

LEMAK PEDAS CUMI DENGAN REBUNG MADU





Assalamualaikum...
Salam ceria dan salam sejahtera buat semua teman yang Uj sayangi...
Hari ni Uj nak kongsikan satu resepi ala-ala kampung gitew iaitu lemak pedas cumi dengan rebung madu.Rebung madu ni Uj beli dipasar malam.Secara kebetulan ada pulak orang yang menjualnya.Selalunya susah gak nak jumpa.Rebung madu ni terdapat dalam paket yang berisi air jeruknya sekali.Ada lah dalam 10 batang gitew, dan dipotong lebihkurang dalam 2 inci.Rasanya bila dah dibuat gulai pun masih rangup lagi...Sedap...





Uj gandingkan rebung madu ni dengan sotong atau kalau nak pangge lagi manja,pangge jer  "cumi".Pada awalnya Uj nak satu kan beliau ni dengan udang.Tapi kerana udang tak berapa nak elok..Yang ada pun kecik-kecik jer udangnya..dah laa mahalnya yang amat.Makanya Uj gandingkan lah rebung madu ni dengan sotong.
Uj tenguk pulak sotong ni segar bugar..cantik-cantik lak tu,  Uj pun duk rembatlah  sotong ni dalam sekilo.Oklah ..Tak mo celoteh lebih-lebih sebab masa tak mengizinkan..
Jom jamu mata yer...






Bahannya:

1 kilo sotong dibersihkan
10 ketul rebung madu dibelah 4 ( basuh bersih dan toskan airnya)
segenggan cili api* ( ikut tahap kepedasan yang diingin)
1 inci kunyit hidup*
sedikit garam
sedikit perasa (optional)
santan dari sebiji kelapa
3 keping asam keping


Caranya:

1.    Sotong dibersihkan dan ditoskan airnya.
2.    Tumbuk kunyit hidup bersama dengan cili api sehingga lumat.Ketepikan.
3.     Dalam periuk,Satukan rebung madu yang telah dibelah empat tadi dengan bahan tumbuk,sedikit
        garam serta asam keping.Gaul serata ksemua bahan.
4.     Addkam santan .Kacau sebati semua bahan.Masak diatas api yang sederhana sehingga mendidih
        dan kuah menjadi pekat.
5.     Bila kuah dah memekat,addkan sotong.kacau rata.Biarkan kuah mereneh seketika.
6.     Addkan sedikit garam lagi serta sedikit perasa.
7.     kacau rata dan bolehlah dihidangkan...




Digandingkan dengan ikan masin goreng pun dah memadai....





         Okeyy...selamat mencuba....












4 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum gee..tkasih dear....=)

      Delete
  2. salam kak uj..

    lama x singgah sini..fuh, sedap sotong tu..lapar!!!! huhu

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam wana...mai laa singgah umah akk tapi gulainya dh abih ..kita pakat goreng ikan masin jer ek;)

    ReplyDelete