mytasteindonesia.com

Thursday, 25 September 2014

LEMAK PEDAS DAGING KAMBING DENGAN KENTANG









Assalamualaikum...
Salam ceria dan salam persahabatan buat semua teman..
Selamat petang ....
Tup tap tup tap..hari dah pun petang.Uj pun baru jer dapat meluruskan pinggang setelah selesai menguruskan kerja rumah...Sibuk sangat rasanya semenjak dua menjak ni.Banyak komen kawan-kawan yang tidak dapat Uj balas...Maaf yer seandainya Uj terlewat membalas komen-komen tu nanti.Dengan  itu juga Uj pun tak dapat cuci mata dan membuat blogwalking kt dapur kengkawan...





Kali ni Uj nak kongsikan menu daging kambing pulak.Daging kambing ni  Uj buat masak lemak cili padi bersama kentang pulak kali ni...Ok laa masa pun tak mengizinkan untuk Uj berceloteh lebih panjang lagi..jom terus kita ke resepi....







Bahannya:


1 kilo daging kambing ( lamb Australia)
Segenggam cili padi * (ikut tahap kepedasan)
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
1 biji bwg besar yang sedarhana besar*
4 batang serai diketuk
Santan dari sebiji kelapa
4 biji kentang dibelah 4
sedikit garam


Caranya:


1.  Tumbuk bahan bertanda dengan sedikit garam sehingga lumat.
      Gaulkan bahan tumbuk bersama daging yang telah dibasuh bersih.
      Addkan  kedalam periuk.Addkan juga sedikit garam.Gaul rata kesemua bahan.
2.   Masak diatas api yang sederhana besar sehingga daging sedikit empuk.
3.   Bila daging dan sedikit empuk addkan kentang serta santan.Kacau selalu supaya santan tak pecah
      minyak.
4.   Bila santan dah mula memekat,daging serta kentang dan pun empuk addkan sedikit garam.
5.   Kacau rata.Perlahankan api.Biar kuah mereneh sebentar.
6.   Bila kuah dah memekat,tutup api dan sedia untuk dihidangkan....







             Okey  enjoyyy.....











6 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian resepi. Mesti cuba :)

    Jemput singgah www.bondasihat.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 fauziah InsyaAllah nnti saya akan singgah kesana...

      Delete
  2. Wow best nyer... kene try ni cari kambing kat giant...

    Feel free view my blog
    www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

    ReplyDelete
  3. Best nyer...kene g cari daging kambing ni... nak mengulai gak lah bsk...

    Feel free view my blog
    www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba laa fazlina...InsyaAllah nnti saya akan singgah kesana....

      Delete