mytasteindonesia.com

Tuesday, 16 September 2014

LEMAK PEDAS UDANG DENGAN KELADI SAYUR






Assalamualaikum...Salam ceria..
Salam hari Malaysia buat semua teman.
Hari ni cutikan..bagi mereka yang bekerja pada hari ni ..teruskan lah tugas...
Dan bagi mereka yang cuti pulak tentunya ramai yang  berkumpul dengan keluarga.Meriah rasanya kan...
Ok beralih ke menu pulak yer..






Siapa penah makan keladi sayur.Uj pangge keladi sayur jer.Tapi tak tau pulak Uj, kalau keladi ni ada nama yang lain selain di pangge keladi sayur .Selalunya keladi sayur ni Uj gunakan batang nyer aja .Isinya jarang pulak Uj gunakan.Uj tau pun dari MIL Uj.Sememangnya MIL Uj rajin menanam sayur-sayur kampung ni.Kalau menanam tu menjadi ajer pulak.Subur-subur belaka.Sawi terung,kacang panjang,cili api,pokoknya kalau balik kampung tu tak yah beli dah sayur-sayur kampung ni.Keladi sayur ni pulak bila nak memasaknya tak perlu direbus atau dicelur dulu, tak seperti keladi yang biasa tu.Keladi ni hanya disiatkan ajer kulitnya,dibasuh bersih,toskan terus dimasukan kedalam gulai.Bagi Uj sedap...
Selalunya gandingan yang sesuai untuk keladi sayur ni udang,kerang ,ketam,siput atau ayam masak lemak cili padi.Sedap jugak kalau dimasak asam rebus tempoyak...
OK jom kita ke menu....







Bahannya:

1/2 kilo udang
8 batang,batang keladi sayur
segenggam cili api (ikut tahap kepedasan)*
2 inci kunyit hidup*
3 keping asam keping
santan dari sebiji kelapa
sedikit garam sarta perasa(optional)


Cara:

1.     Tumbuk cili api berserta kunyit hidup dengan sedikit garam sehingga lumat.Ketepikan.
2.      Batang keladi disiat kulitnya.Dipotong dalam 2 1/2 inci,dibasuh bersih dan ditoskan airnya.
3.      Satukan bahan tumbuk kedalam periuk.Addkan sedikit garam serta asam keping.Gaul
         rata.Selepas itu addkan santan.Gaul rata lagi.
4.      Masak diatas api yang sederhana.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
5.      Masak sehingga santan memekat.Bila santan dah mula pekat,Addkan udang serta keladi yang
         telah dibasuh bersih tadi.
6.      Biarkan gulai mereneh sebentar sehingga udang dan batang keladi tu masak.Bila dah masak
         addkan sedikit garam lagi serta sedikit perasa(optional)
7.      Kacau perlahan-lahan dan sedia untuk dihidangkan...




   Uj gandingkan dengan ikan masin cekik leher..




        Okeyyy...selamat memasak....










2 comments:

  1. Cantik! Rindu nak makan sayur batang keladi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih amie...Uj pun dh lama x makan keladi sayur ni.Uj balik rumah MIL aritu..MIL uj bekalkan....Tu yang Uj gandingkan dgn udang....=)

      Delete