mytasteindonesia.com

Wednesday, 15 October 2014

LEMAK CILI API DAGING SALAI DENGAN PISANG MUDA








Assalamualaikum...salam rabu serta salam ceria buat semua teman Uj.
Terima kasih kerana sudi singgah ke dapur Uj yang tak seberapa ni.Menu Uj kali ni..lemak cili api daging salai dengan pisang muda.
Daging korban masih ada lagi tersimpan didalam esbok.Tulah kerena mood rajin datang pulak menyerang,makanya rajin lah pulak nak menyalai.Sebenarnya dah lama Uj tak masak daging salai.Secara kebetulan pisang muda ada pulak tu Uj bawa balik dari kampung tempuhari.Makanya mula lah versi menyalai daging.








Tapi versi Uj senang jer .Uj panggang dalam oven jer.Nak menyalai menggunakan bara api takut pulak asapnya mengganggu jiran sebelah...
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 250 degree dalam masa 10 minit kemudian aturkan daging yang telah dihiris nipis selebar tapak tangan tadi diatas rak pemanggang.Kemudian panggang la sehingga daging tu kelihatan kering.Terpulang laa samada nak kering ker atau nak sederhana kering.Uj suka sederhana kering sebabnya daging tu nanti tak lah liat sangat bila dikunyah.
Versi Uj kalau masak daging salai tak menggunakan bawang serta halia.Itulah versi nenek dan mak Uj masak daging salai...Tulah kan lain orang lain caranya ....Yang penting bagi Uj lebihkan serai dan santan mestilah pekat.Terasa pulak pedasnya...yumyum...







Bahannya:


1 kg daging lembu dipotong
sedikit kunyit serbuk utk salai daging
segenggam ciliapi (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
1 inci kunyit hidup
6 btg serai diketuk
santan dari sebiji kelapa( klu kelapa kecil guna santan dari 2 biji kelapa)
sedikit garam sebagai perasa.(optional)
sesisir pisang muda diambil kulit serta isinya dipotong menyerong.


Cara:


1.       Hiris nipis kepingan daging sehingga lebar tapak tangan.Basuh bersih dan lumur dgn garam
          dan lumurkan dengan sedikit kunyit serbuk.
2.       Panggang daging atas bara sehingga kering.Hiris daging menjadi kepingan kecil selebar 1 inci
          Sambil tu siang pisang muda dan rendam dengan sedikit air limau kasturi berserta garam
          untuk menghindarkan pisang dari menjadi lebam.
3.       Tumbuk kunyit hidup bersama cili api dengan sedikit garam sehingga lumat.
4.       Satukan bahan tumbuk,pisang yang telah disiang ,daging salai,santan serta serai dan masak
          diatas api yang sederhana dengan mengacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
          Kacau sehingga kuah mula memekat.
5.       Bila kuah  dah mula memekat addkan garam serta sedikit serbuk perasa.Kacau sebati dan biar
          kuah mereneh seketika.Bila kuah dah mula memekat.Tutup api dan bolelah dihidangkan.

       










 Digandingkan dengan ikan masin goreng dan nasi panas...





      Okey..selamat memasak....










3 comments:

  1. nampak mudah resepi kak uj ni..teringin nak try nanti..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wana.Ni mmg respi turun temurun keluarga wana.mmg mudah...yg penting lebihkan serainya.Wangi gulainya...InsyaAllah cuba yer dik..

    ReplyDelete
  3. Xpayah letak daging pun sodap yo,nak2 kulit pisang tu si yummies....>_<

    ReplyDelete