mytasteindonesia.com

Thursday, 2 October 2014

LEMAK PEDAS CILI PADI KETAM DENGAN DAUN KUNYIT






Assalamualaikum...
Salam ceria dan salam sejahtera buat semua teman...
Didoakan agar kesemua rakan-rakan Uj beroleh kesejahteraan hendaknya...Aamin..
Tinggal beberapa hari jer lagi kita umat Islam akan menyambut hari raya Aidil Adhakan.Begitu cepat masa berlalu.Pejam celik,pejam celik umur kita pun dah menginjak ke satu angka lagi.
Bagi mereka yang pergi menunaikan fardu haji di tanah suci Mekah Uj doakan juga semoga kesemuanya mendapat haji yang mabrur sekembalinya mereka nanti....
Okey jom kita beralih kemenu...






Kali ni Uj nak kongsikan salah satu lauk kegemaran Uj iaitu ketam.Ketam ni selalunya Uj buat masak lemak cili api jer.Kadangkala atas permintaan Encik suami yang suka meratah tu,Uj buat jugak masak masam manis.Kalau dah masak masam manis  tu, sedap diratah jer ketamnyakan...Yum..yum...
Ok lah jom kita ke bahannya untuk penyediaan lemak pedas ciliapi versi Uj.Lain orang lain caranya kan.
Untuk lemak pedas cili api ketam ni,Uj suka kurangkan sikit penggunaan ciliapinya,sebabnya senang nak meratah..nanti takder la pijar mulut....hehe







Bahannya:


6 ekor ketam bunga dibersihkan dan dibelah 2
2 inci kunyit hidup
4 helai daun kunyit dibasuh bersih dan dikoyak-koyakan.
Garam serta  2 keping asam keping
Segenggam cili api ( ikut kepedasan yang diingini)
Santan dari sebiji kelapa ( santan pekat)
Sedikit perasa(optional)






Cara:

1. Tumbuk  cili api dan kunyit hidup dengan sdikit garam sehingga lumat .Ketepikan
2. Add ketam kedalam periuk.Addkan bahan tumbuk, asam keping serta sedikit garam.Gaul rata
3. Masak diatas api sehingga ketam dah mula nampak sedikit kemerahan warnanya.
4. Bila dah nampak ketam dah mula kemerahan add santan pekat tadi.Kacau selalu supaya santan
    tak pecah minyak.
5. Bila  nampak kuah dah mula memekat,masukan daun kunyit yang telah dikoyak-koyakan tadi.
6. Perasa dengan sedikit garam serta perasa,biar kuah mereneh seketika dan sedia utk dihidangkan....





Jom jamu mata....






   Okeyyy...selamat meratah dan enjoyyyy
















2 comments:

  1. Tahniah anda ada blog yg banyak info. Jemput blogwalking di www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  2. Trima kasih Enor..InsyaAllah nanti Uj akan melawat di blog anda yer...=)

    ReplyDelete