mytasteindonesia.com

Friday, 10 October 2014

LEMAK PEDAS UDANG GALAH DENGAN REBUNG






Assalamualaikum...salam jumaat kepada semua rakan-rakan yang Uj hormati...
Dah makan ker.Apa menu tengahari ni...???
Sebelum tu,marilah kita perbanyakan salawat keatas nabi junjungan kita S.A.W,semoga kita beroleh
syufaat dari baginda kelak.
Kalau kita sebut jer makanan yang banyak mendatangkan kolesterol,tentu kita terbayang makanan dari lautkan.






 Ketam,udang,sotong.Huhuhu...tapi kesemua menatang ni sedapkan..Bila makan lupa bab kolesterol sekejap...hehe.Yang ada penyakit gatal kulit pulak..sedap betul menggarukan..kan..kan.
Okey pekata kita jamu mata dengan udang.Kali ni Uj masak udang galah lemak pedas cili api dengan rebung.Udang galah ni pemberian rakan baik Uj yang suaminya suka sangat gi memancing udang.
Alhamdulillah...rezeki pemberian Allah.Kata orang..."orang berbudi kita berbahasa"...Terima kasih Uj ucapkan kepada beliau yang sering juga memberikan udang galah jika suaminya dapat udang galah ketika memancing atau menjala....






Bahannya:

10 ekor udang galah dibersihkan ,dibasuh dan ditoskan
1/4 cwn cili api (boleh kurangkan lagi jika tak suka pedas)
2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
Sedikit garam
Santan dari sebiji kelapa
Sedikit rebung,dibasuh bersih dan perahkan airnya


Cara:

1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili api bersama sedikit garam sehingga lumat.
2. Add bahan tumbuk kedalam periuk.
3. Add udang,rebung sedikit garam dan asam keping kedalam periuk.Gaul rata
4. Tuangkan santan kedalam periuk.Kacau rata.
5. Masak  diatas api yg sederhana.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
6. Biar kuah memekat dan kacau selalu.
7. Perasakan dgn garam.Kacau lagi.Biar gulai mereneh seketika.
8. Bila kuah dah  memekat...padam api.
9. Sedia utk dihidangkan....


...Jemput makan.....





Okey...enjoy...


2 comments:

  1. Assalam...singgah ni dah pas lunch dah..tengok udang galah besau2 tu tetiba rasa lapar blik..
    Mak aih sedapnya

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Lina..hehe ekceli menu smlm ni ari jumaat, tapi baru arini dpt publish...mai jemput dtg rumah ade seketoi lagi ni...;)

    ReplyDelete