mytasteindonesia.com

Monday, 3 November 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI YANG TERLAJAK LARIS







Assalamualaikum....
Salam sejahtera buat semua teman...
Fenomena..jeruk mangga asam boi..Ramai rakan-rakan dah pun membuat jeruk terlajak laris ni..Darikan orang yang mengidam sehingga lah yang tak mengidam pun dah cuba membuatnya...Bila duk tenguk jeruk mangga asam boi yang sana sini duk tayang meleleh ayaq liuq ni..
Rasa kebas jer tepi bibir menahan air liur yang nak berkumpul ditdalam mulut ni..Ok jomla kita buat jeruk mangga yang terlajak laris ni...




Cam biasa lah Uj ni orang dah sampai ke langit,Uj baru nak sampai ke puncak gunung jerai...hehe..
Sebabnyakan umah kita takder pokok mangga.Kena lah pulak carik buah mangga ni dikedai.Sib baik ada.Tula yang duk pilih  dua jenis buang mangga tu...
Jom kita buat...

Mudah..Ringkas dan yang paling penting terjamin kebersihannya...sebabnya kita buat sendirikan...
Terima kasih kepada penyumbang resepi asal...





Bahannya:


6   biji mangga muda( 3 biji mangga biasa,3 biji mangga lemak manis)
20 biji  asam boi 
20 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah)
Sedikit garam
1/2 cawan gula (mengikut kesukaan )
5 biji limau kasturi  ( Uj belah 2)
sedikit kapur
  • Basuh dan potong mangga muda tadi mengikut kesukaan dan rendam seketika dengan air kapur selama 30minit.Kemudian toskan airnya dan basuh bersih.Toskan kembali airnya.
  • Potong juga cili padi, nak lebih pedas boleh tambah
  • Tambahkan sedikit garam, gula dan asam boi
  • Satukan kesemuanya dalam bekas dan gaul rata.
  • Masukkan dalam bekas, tutup dan sejukkan dalam peti ais 4-5 



Yang ni dah dimasukan gula garam serta hirisan cili padi....






  Yang ni pulak dah diletakan asam boi serta belahan asan limau kasturi...Pastu gaul rata...Tak perlu tambah air.Sebabnya jeruk mangga ni dengan sendirinya akan berair....




Dan sentuhan terakhir......
Isikan kedalam balang...tutup rapat dan simpan dalam esbuk,lebihkurang dalam 4 ke 5 jam..
Tapikan ...pstt..tak sempat pun Uj simpan dalam waktu tu..
Kejap bukak..kejap tutup pintu esbuk
last-last capai terus makan...
Satu balang dah selamat jadi bahan kumbahan..
tinggallah satu balang lagi...





 Okey...selamat mencuba..




No comments:

Post a Comment